14 Julai 2010 (KUALA LUMPUR) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak hari ini mengambil peluang mengadakan lawatan ke Parlimen Malaysia bagi mengikuti persidangan Dewan Rakyat yang masih berlangsung.
Lawatan yang diketuai oleh Mohd Munir Ali Timbalan Ketua dan lapan orang Exconya yang turut bersama ingin melihat sejauh mana peranan yang dimainkan oleh semua wakil rakyat yang telah dipilih bagi mengutarakan permasalah daripada rakyat.
Pemuda PAS Perak juga kesempatan bertemu dengan semua Ahli Parlimen daripada PAS selepas sesi berehat tengahari dan juga telah mengadakan perbincangan ringkas.
Lawatan ini juga bertujuan bagi persedian bagi mengikuti Persidangan DUN Perak yang akan diadakan pada 3 Ogos ini kelak. Permohonan telah dibuat oleh Pemuda PAS Perak bagi mengikuti persidangan DUN tersebut jika dibenarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan