ketua Penerangan umNO, Ahmad maslan yang mulanya berani nak berdebat dan akhirnya tukar dialog dan kemudiannya menikus mula bersuara. katanya umNO tetap mahu mengusahakan perpaduan dengan PAS. baca Ramai yang kat umNO kemaruk sangat dengan PAS. Sebenarnya TIDAK!
umNO hanya menjadikan isu perpaduan sebagai umpan setelah semua isu lain gagal melekat di hati rakyat. isu ini diharapkan sekurang kuranagnya meredakan kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak dan barangan keperluan baru baru ini. Ini kejayaan terbaru umNO.
Orang sibuk bincang pasal perpaduan umNO- PAS. Ada pemimpin PAS cukup minat respon. Akhirnya isu sebenar tenggelam dan umNO selamat dari kemarahan rakyat terhadap kenaikan harga barang. Isu ini akan mati setelah umNO yakin rakyat lupa pasal kenaikan harga barang dan isu saman ekor yang baru mula menghangatkan negara.
Nampaknya sekali lagi kita masuk perangkap umNO. Bila ada pemimpin PAS yang tak respon maka akan ada kalangan dalaman PAS yang bernanah jiwanya menuduh kelompok yang ada hati dengan umNO. Adakah dengan kenyataan terbaru Maslan akan ada yang kata golongan yang berahi umNO masih wujud dalam PAS. Jika begitu.... sah mereka adalah JK umNO dariluar kerana menyambut kenyataan Ketua Penerangan umNO sebagai dalil....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan