Selasa, 17 Ogos 2010

ISTERI PJ PAS PERAK MENINGGAL DUNIA.

Di beritakan sebentar tadi isteri Pesuruhjaya PAS Perak menghembuskan nafasnya yang terakhir kira kira jam 2.30 petang. Almarhumah Ustazah Rafeah adalah bekas guru agama di beberapa sekolah menengah sekitar Ipoh.

Beliau yang telah beberapa lama menanggung penyakit barah telah dirawat di hospital besar Ipoh. Menurut setiausaha Pas Perak, Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nazrin Kg Rapat Jaya selepas isyak malam ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas almarhumah dan semoga Allah memberi kesabaran kepada Ustaz Abu Bakar Husin sekeluarga.

Dari Allah kita datang, kepadanya kita akan kembali. Alfatihah

Tiada ulasan: