Rabu, 15 September 2010

MATI PUCUK....

Tak semena mena Khir Toyo terpaksa mengaku dia dah mati pucuk. Katanya dia dah tak ngidam dengan jawatan Menteri Besar Selangor. Baginya Selangor dah terlalu teruk... mungkin dah macam janda beranak seratus dari 20 orang suami agaknya....

Yang herannya mengapa Khir Toyo sorang saje yang dah hilang selera dengan jawatan Menteri Besar selangor tu??? Kalau umNO seluruhnya dah hilang selera dengan jawatan dan negeri tu kan senang.... tak payah kerajaan Pakatan bersusah payah nak mempertahankan negeri dari kejahatan umNO. Mungkin betul lah Khir dah matipucuk agaknya...

Bak kata... kalau orang gigi tak mancung...tak perlu le dahi tersorong sorong... Khir Toyo tahu sangat betapa dia bersalah menyebabkan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Dia tahu sangat betapa Najib marah dengan kejatuhan negeri lubuk projek tu . Banyak projek yang tertangguh untuk dilaksanakan selepas PRU 12 terlepas begitu saje... Nak naikkan kadar bayaran air di Selangor pun terpaksa berhempas pulas... tu belum lagi projek lain...

Khir Toyo memang menjadi punca masalah dan kebencian orang Selangor terhadap BN. Berkajang kertas laporan rasuah Khir yang terpaksa diselamatkan oleh SPRM. Tiada siasatan ...tiada pendakwaan walaupun lutfi telah mendedahkan segalanya dengan maklumat terperinci... Khir selamat dari SPRM tetapi Khir tak selamat dari kuasa rakyat....

Setelah lama mencari helah dan dalih... akhirnya Khir dapat peluang untuk membersihkan dirinya dengan air najis yang dirawat Syabas barangkali.... Sayangnya walaupun warnanya dah jerneh tapi busuknya semerbak seluruh malaya...cuma Khir je tak perasan bau itu... mungkin ada aksesori yang menghalang hidungnya tercium bau itu..

Apa pun... Khir dah sedar bahawa nama Noh Omar dan Ezam telah melintasi nama beliau di sisi Najib. Sebelum orang campak dalam tong sampah...lebih baik mengaku diri tu sampah... nanti kalau orang campak boleh la bagi tau..."memang aku minta dia campak dalam tong pun..".

Tahniah buat Khalid dan barisan kepimpinan Selangor yang menjadikan Khir mati pucuk...

1 ulasan:

Panglima7 berkata...

Salam tuan,
Mohon linkkan blog hamba dalam blog tuan. T.Kasih