Isu Interlok seakan belum berkesudahan. Jika dilihat sepintas lalu ia bukanlah isu yang tak boleh diselesaikan segera. Namun ianya seakan diheret dan dipanjangkan sebagai umpan dan pancing politik. Terbaru penahanan beberapa peserta konvoi dan kononnya berlaku tindakan ganas terhadap mereka.
Sewajarnya pemimpin PR berwaspada dengan isu ini. Setakat ini isu tersebut nampaknya dapat ditangani dengan baik oleh pemimpin PR kecuali penyertaan seorang MP PAS beberapa minggu lalu dalam kempen bantahan. umNO masih gagal memanipulasi isu ini mengikut acuan dirangka kerana tindakan bijak pemimpin PR.
Selamanya umNO hidup dengan isu perkauman. begitu juga rakan sebantal mereka MCA, Gerakan dan MIC. Tanpa isu perkauman semua kompenan dalam BN akan putus talian hayat mereka. Mereka cuba sedaya mungkin menghidupkan isu perkauman. Interlok dilihat isu untuk memancing masyarakat India.
Keghairahan menyokong tindakan mana mana pihak boleh menjejaskan sokongan kaum lain. Kompenan BN sedang berhempas pulas memulihkan sokongan mereka. umNO untuk melayu mungkin tidak bermasalah... namun bagi MCA dan Gerakan mereka sedang melihat jalan buntu. MIC juga begitu terutama setelah Samy Vellu meninggalkan mereka.
Walaupun Samy dilihat biawak hidup khususnya menjelang 2008, namun kerusi yang dikosongkan tidak mampu diisi pemimpin berwibawa. Samy mungkin gagal menyediakan penggantinya lantaran bimbang ditentang... Kini MIC hilang arah... Interlok satu dari isu yang boleh melonjakkan MIC jika mereka menanganinya dan umNO bersedia membantu...
Pemimpin PR juga mesti melihat jerat perkauman melalui Interlok mungkin boleh memungkinkan Ops lalang kedua terlaksana.... sementelahan Tun Mahathir sedang membebaskan dirinya dari ops lalang pertama....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan