Khamis, 14 April 2011

JANGAN MUDAH PERCAYA...

Satu lagi strategi BN mengalihkan tumpuan rakyatk dari isu Sarawak. Beban biawak mampus yang terlekat di badan Taib Mahmud telah membawa tsunami menghambat BN dari bumi Sarawak. Kini Bn menggunakan RPK sebagai strategi baru... Apa peliknya dengan RPK....? beliau dikatakan mempunyai bermacam cerita...bagi saya...beliau tetap seorang fasiq yang tak boleh dipercayai sekalipun menguntungkan Pakatan Rakyat di suatu ketika....

Tiba tiba RPK membersihkan nama Rosmah dari Al Tantuya... dari awal cerita RPK ni tak konsisten apatah lagi dengan latarbelakang peribadi beliau...sangat tidak meyakinkan.... Kalau wakil rakyat PKR ramai yang boleh dibeli termasuk dikalangan orang yang berketerampilan sebagai pimpinan...apa diharap dari RPK....??

Beliau mencari kemewahan...bila kemewahan tiada.... tidak ada perkara yang menghalang beliau menjadi seperti Gabala yang pernah menjadi wira dihumban ke Longkang dalam penamaan calon dulu oleh polis....

Jelas hanya orang yang berakidah dalam perjuangan yang kita boleh harapkan menjadi calon atau pimpinan...siapapun mereka...semangat dan kebencian terhadap Bn semata pastinya gagal mempertahankan gelombang Rosmah Mansor (RM) terutama di saat terdesak....

Di harap pimpinan Pakatan Rakyat terutama PKR benar benar telah bersedia menampilkan calon berwibawa dalam PRU akan datang....jangan lagi calon tangkap muat..... cukuplah kebencian rakyat di atas pengkhianatan yang dilakukan sebahagian mereka yang lalu.... Jika tiada calon berwibawa.... jangan lokek dan tamak untuk merebut bilangan kerusi.... bertolak ansur sahaja dengan rakan Pakatan yang lain...

Apa guna calon tangkap muat yang menang dan akhirnya meruntuhkan kerajaan rakyat??? Individu yang dipergunakan oleh BN untuk menyerang PR sekarang ternyata mereka yang tidak menjiwai perjuangan rakyat....

Pemimpin PR sewajarnya berhati hati menerima sumber maklumat ... bimbang mereka ini sengaja di atur dan diupah oleh BN untuk digunakan apabila musim pilihanraya.... siapapun sumber berita....sejauhmanapun menguntungkan perjuangan PR.... siasatlah terlebih dahulu... tidakkah al Quran mengajar kita... " jika datang orang fasiq membawa berita...selidikilah terlebih dahulu...." alhujurat....

Tiada ulasan: