Khamis, 14 Julai 2011

MENANTI TINDAKAN DAN PENJELASAN...

Gelombang menjatuhkan Pak Lah dulu dikaitkan dengan perangai menantu beliau Khairy Jamaludin. Pak Lah dianggap oleh Tun M sebagai dikawal oleh tingkat empat yang menjadi tempat berkumpul anak muda lepasan oxford pimpinan Khairy. Kini Najib sedang mengulang mimpi yang serupa. Namun ia bukan datang dari menantu atau bakal menantu Kazakhstan nya ...tetapi isterinya Rosmah mansor.

Akhir akhir ini lagak Rosmah kian ketara. Seolah tiada siapa yang berani menganggu atau membantah cakapnya. Kata kata Rosmah seolah suara keramat yang boleh menutup mulut Najib. Najib tanpa malu hanya mampu tersenyum ketika suara mengkritik mencelah di tengah belanjawan yang dibentangnya berkait peruntukan PERMATA yang mendapat peruntukan istimewa.

Suatu ketika dulu riuh cerita Rosmah Puaka malah ada pelajar yang didakwa kerana menconteng dinding dengan perkataan Rosmah Puaka. lagak Rosmah kini tak ubah iateri Marcos yang menyebabkan diktator Filipina itu tersungkur. Nama Rosmah yang menobatkan dirinya menjadi First Lady itu sama mashur di kalangan rakyat Malaysia seperti imelda di sisi rakyat Filipina.

Terkini pendedahan cikgu Bard tentang cincin berlian yang bernilai puluhan juta di saat rakyat malaysia sedang menahan perut di potong berbagai subsidi dan dikenakan pelbagai jenis cukai. Apakah pendedahan itu akan didiamkan begitu sahaja. Jika pendedahan itu ternyata ada kebenaran, maka pencacai umNo juga tak boleh duduk diam ...jika mereka bermaruah...

Kita menanti tindakan dan perkembangan aduan tersebut... jika ada asasnya... beberapa persoalan perlu di jawab...

sejauh mana dan mengapa ada keistimewaan pelepasan cukai diberikan??? dari mana datang sumber kewangan tersebut??? mengapa syarikat Yahudi menjadi pilihan dan pelbagai penjelasan lain yang memerlukan ketelusan... kita nantikan... apakah Rosmah akan menjadi faktor kejatuhan Najib sepertimana Imelda di sisi Marcos...dan Khairy di riba Pak Lah...

Tiada ulasan: