Sabtu, 17 September 2011

ANWAR BIAYAI JENTERA umNO?

Pakatan Rakyat telah lama menekankan betapa perlunya jentera kerajaan bebas dari pengaruh parti yang memerintah. Jentera kerajaan adalah milik bersama setiap rakyat yang membayar cukai. Mereka berhak gunasama semua kemudahan kerajaan kerana ia di biayai hasil cukai negara. Petugasnya adalah petugas kerajaan dan dibiayai oleh seluruh rakyat Malaysia... tak kira umNO, PAS atau apa sahaja....

Hari ini Najib secara berani dan berterus terang malah boleh disifatkan angkuh apabila mengakui bahawa beberapa badan kerajaan bekerja untuk kemenangan umNO BN. ia satu salahgunakuasa yang tak perlu diperjelaskan lagi. Kita tidak pasti apa istilah rasuah dalam SPRM. Jika dulu SPRM pernah berusaha mensabitkan TG Nik Aziz dengan rasuah sebiji kek...apakah SPRM buta dalam melihat salahguna jentera kerajaan yang berlaku secara terbuka ini?
Najib dilaporkan berkata; Jangan harap pada kerajaan, pada (Jabatan) Penerangan, pada JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas), pada KEMAS sahaja," katanya.

Pengakuan Najib adalah satu salah guna yang serius. Jika pegawai kerajaan ada yang disabitkan dengan kesalahan rasuah kerana memberi tender kepada ahli keluarga atas alasan salahguna kuasa... apakah tindakan BN menggunakan jentera kerajaan untuk memenangkan umNO bukan salah guna kuasa ? Rakyat akan semakin keliru dengan kamus RASUAH yang digunakan oleh SPRM jika terus mendiamkan diri.

Secara lojiknya, orang Pakatan Rakyat malah Anwar Ibrahim dan TG Hj Hadi sendiri termasuk  orang membiayai jentera umNO . Ia sesuatu yang sangat serius. aduhhhh...malangnya demokrasi negaraku..

Tiada ulasan: