Sabtu, 17 September 2011

DAH CONFIRM TIPU...

Mungkin ramai yang pernah mendengar cerita penipu yang terus menipu. Di hikayatkan secara ringkas ada seorang penipu yang diarahkan supaya berhenti menipu...  dia memberitahu telah membuang penipuannya jauh di tempat yang tak masuk akal. Pengajaran dari kisah yang tak perlu saya ulang lagi itu ialah.... seorang penipu telah membuang tabiat penipunya melalui cara menipu rajanya...  Raja terpedaya dengan cerita penipu membuang tabiat menipunya kerana kagum dengan kesungguhan dan hebatnya cara beliau melaksanakan cerita tipu terbaru itu...
 Najib baru saja marah marah di Selangor pada sebelah pagi kononnya Selangor jatuh kerana laporan salah dan tak tepat (tipu le )... Namun di sebelah petangnya Najib dengan penuh bangga menerima apa yang dikatakan bekas penyokong PR  seramai 7000 orang... Wau banyaknya!! Najib terkesima dengan "sirih yang pulang ke Gagang " itu..

 Sedangkan pada paginya Najib dikatakan marah dengan apa yang berlaku dengan laporan sambutan..
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak menempelak pemimpin tertentu dalam parti itu yang masih menjalankan program "syok sendiri" dan memberi laporan tidak tepat berhubung sokongan masyarakat akar umbi.

Katanya, anggota parti itu sepatutnya sedar bahawa tindakan seperti itulah yang menyebabkan BN kehilangan Selangor dalam pilihan raya 2008.

najib selangor bn convention

Tambahnya, pemimpin berkenaan hanya "menipu diri sendiri" sekiranya melaporkan bahawa program yang diadakan itu merupakan satu kejayaan.

Walhal ia hanya dihadiri oleh 300 orang di kalangan mereka sendiri, katanya ketika bercakap kepada kira-kira 3,000 orang yang hadir dalam konvensyen BN Selangor di Shah Alam hari ini.

"Jangan hantar laporan, 300 orang berhimpun, berjaya. Siapa 300 orang itu?

Kalau 3000 pun tipu...takkan 7000 tu betul... lawak...lawak... 

Apakah Najib dah terlupa dengan apa yang diucapnya pagi tadi atau terpaksa menerima selamanya umNO terpaksa menggunakan budaya menipu untuk meyakinkan diri sendiri.. Jika laporan 3000 itu boleh menyebabkan kehilangan selangor... rasenya kehadiran 7000 yang pulang ke Gagang itu akan menyebabkan Malaysia pula hilang dari BN...

Ia bukan laporan dan budaya baru dalam umNO. Kalau dihitung penyokong Pakatan Rakyat memabng hanya tinggal DSAI, TGHH, TGNA dan LGE  sahaja....

Ala Najib....  Nampaknya ingatan beliau tidak diendahkan pemimpin umNO lain dan mereka sangat selesa dengan menipu pemimpin mereka...kalau tak menipu...itu bukan umNO namanya... nama pun guna bahasa Inggeris...dakwa pejuang melayu...tak menipu ke namanya tu...???

Tiada ulasan: