Khamis, 24 November 2011

MENANG SORAK....


Malaysia antara Negara unik dalam amalan pilihanrayanya. Paling istimewa ialah Negara menggunakan bilangan kerusi dan bukannya bilangan undi. Ia telah diamalkan sejak merdeka. Apa muslihat British mengajar kita berpolitik begitu tidaklah diketahui.

Bayangkan, parti pemerintah boleh mendapat majority 2/3 sekalipun jumlah undi ialah 51% : 49%. Kemenangan satu kerusi dengan hanya satu undi sama nilainya dengan kemenangan 10 ribu undi. Ia sangat tidak adil bagi rakyat dan pengundi terutamanya dalam menentukan siapa Perdana Menteri.
Mengikut system kita , Perdana Menteri ditentukan oleh parti majority kerusi.  Tiada undian menentukan siapa perdana menteri bagi menguji ketrampilan dan ketelusan calon.  untuk menentukan seorang Perdana Menteri bagi seluruh Negara, cukup diuruskan oleh beberapa orang pimpinan tertinggi parti yang menang sekalipun menang dengan majority kecil  bilangan undi.

Apa yang paling membimbangkan, system yang kita gunakan akan mendedahkan kemungkinan parti yang kalah undi popular boleh memerintah dengan kelebihan kerusi. Apakah ini satu keadilan bagi rakyat keseluruhannya?

Perkembangan mutakhir menunjukkan ada usaha dilakukan oleh Bn ke arah itu. Ada laporan memaklumkan bahawa satu usaha dijalankan agar BN dapat menguasai kerusi sekalipun dengan undi yang rendah. Kawasan yang dimenangi oleh PR akan dibiarkan dengan majority besar . Pengundi akan dihimpunkan di suatu tempat bagi majority besar. Bn mensasarkan bilangan kerusi dan bukannya bilangan undi. usaha itu mudah dengan persekongkolan jentera yang sepatutnya adil dan berkhidmat untuk rakyat seperti SPR dan JPN.

Kemenangan dari segi bilangan undi tidak membawa apa apa makna jika sekiranya bilangan kerusi tidak dikuasai. Majoriti yang diperlukan untuk berkuasa bukan undi popular tetapi bilangan kerusi. 

Tujuan tulisan ini bukan untuk merombak system kerana ia sesuatu yang sangat mustahil dengan suasana yang ada. Apa yang penting ialah jentera PR dapat mengimbangi kekuatan di serata tempat agar matlamat menguasai kerusi dan kuasa pemerintahan akan berlaku. Jangan nanti kita menang sorak kerana meningkatnya undi…tetapi kuasa tergadai kerana umNO BN menguasai bilangan kerusi…

Tiada ulasan: