Khamis, 24 November 2011

MALAYSIAKINI: DAP TAUKE PR...SATU SANGGAHAN

Membaca tulisan Abd Rahman Malik yang disiarkan dalam Malaysiakini , saya sedikit terusik untuk turut berkongsi pandangan. Secara umumnya pandangan beliau ada kebenaran dan lojiknya. Ia berasaskan apa yang dilihat dari scenario yang akan melanda Negara.

Beliau meletakkan segala kemungkinan dan kesimpulan yang saya fahami dari tulisan beliau yang penuh berkias itu ialah kebimbangan tentang kemenangan Pakatan Rakyat yang akan memberi kuasa kepada bangsa cina. Sehinggakan kemungkinan Perdana Menteri dikuasai Cina sekalipun berbangsa Melayu kerana berkemungkinan dari DAP.

Beliau dikenali sebagai pejuang melayu dalam tulisannya, namun apa yang dilahirkan dari tulisannya ialah kebimbangan dan antara suara di persimpangan yang dihadapi oleh orang melayu dalam perkembangan politik menghadapi PRU 13.

Dilemma Melayu ialah antara janji keadilan  dan ketelusan oleh PR yang dibayangi kehilangan kuasa melayu yang didominasi oleh Cina DAP,  dan kebobrokan system serta kezaliman umNO yang dirasai hari ini. Mitos yang ditanam umNO BN sejak dulu ialah bahawa hanya BN mampu memerintah dan hanya umNO parti Melayu.

Mitos inilah yang menguasai Melayu di Malaysia khususnya di Pulau Pinang. Sehingga kini masih ramai Melayu Pulau Pinang yang beranggapan bahawa Pulau Pinang telah dikuasai Cina walaupun berdekad lamanya mereka bernaung di bawah GERAKAN yang ultra Cina. Jangan lupa, Gerakan adalah parti yang mendesak mufti Perak Harusani meletakkan jawatan suatu ketika dulu. Namun melayu umNo tak sedar dan ramai juga sangka DAP yang desak. Hatta dimaklumkan kepada saya bahawa Harusani pun sangka DAP yang desak beliau letak jawatan dulu. Harusani antara tokoh Islam berjiwa tebal melayu!

Kebimbangan Abd Rahman ialah kerana tebalnya penguasaan kemelayuan yang menguasai mindanya. Kebimbangan itu menjadikan ketakutan kepada sesuatu kemungkinan dan melupakan fakta yang ada di sebaliknya.

Beliau mungkin lupa kepada beberapa hakikat. Penguasaan dan kelebihan DAP hari ini dan kemungkinan penguasaan DAP jika dilihat nisbah kompenan Pakatan itu secara berasingan, adalah kemungkinan yang hampir mustahil. Beliau lupa bahawa tiada parti yang boleh berdiri sendiri dalam kompenan PR. Beliau juga mungkin lupa beberapa persetujuan bersama buku Jingga yang menjadi dasar ikatan Kompenan Pakatan Rakyat.

Beliau bimbang dengan penguasaan DAP dengan 28 Kerusi, PKR 25 dan PAS 24 hari ini. Di atas dasar ini beliau menjangkakan DAP akan lebih berkuasa. Sifir beliau agak mudah… dengan sokongan melayu PKR dan PAS kepada DAP, DAP akan mengekalkan kuasa dan dominasi mereka.

Mungkin beliau lupa kepada sifir yang sama jika di jadikan mafhum mukhalafah (faham sebalik) bahawa cina DAP juga akan mengundi PAS. Hakikat PRU lalu, Melayu PAS dan PKR menyokong DAP namun sebahagian besar Cina tidak mengundi PAS di atas kecurigaan yang dibayangkan umNO melalui MCA dan Gerakan. Kesimpulan itu boleh dibuat jika kita meneliti data PRU 12, ada kerusi Parlimen ditandingi Cina PKR boleh menang di kawasan DUN ditandingi PAS tetapi PAS kalah dalam DUN tersebut. Keadaan itu berubah dalam PRK Bukit Gantang.
 
Sebenarnya kebimbangan tersebut cukup diredakan dengan kenyataan yang saya nyatakan di atas. Apatah lagi jika dinilai pembahagian kerusi yang ditandingi ketiga tiga calon PKR bertanding di 97 kerusi Parlimen diikuti PAS bertanding di 66 dan DP 47. Di peringkat DUN pula Di peringkat Dewan Undangan Negeri pula PAS meletakkan calon di 232 kerusi, DAP (102) dan PKR (176). Daripada jumlah kerusi itu, PAS menang di 83 kawasan, DAP (73) dan PKR (40).

Fakta ini menjadikan kemungkinan dan kebimbangan melayu Abd Rahman dapat dikurangkan. Sekalipun benar melayu bimbang dan ternyata umNo tidak mampu bertahan dengan kuasa yang ada, orang melayu tak perlu bimbang. Jika dulu orang melayu berharap kepada umNO yang bernafaskan inggeris (United Malay Nasional Organisation) maka apa salahnya melayu bergantung harap dengan PAS yang bernyawakan Islam yang lebih kukuh dan ampuh?


Ini sifir mudah yang perlu difikirkan melayu jika ingin terus mempertahankan kemelayuan mereka.  Pemimpin PAS lebih melayu dari melayu umNO . wataknya, bahasa dan adab sopan serta budi bicara tentunya lebih melayu dari melayu umNO yang dididik oleh inggeris. Jika Pakatan gagal mempertahankan Islam yang disinonimkan dengan melayu, saya tak fikir PAS akan bertahan. Ketika itu, jika DAP dan PKR tidak bersetuju dengan PAS, boleh sahaja PAS menawarkan umNO untuk bersama, bukan lagi umNO menawarkan PAS…. Semua itu adalah alternative yang ada untuk mempertahankan melayu jika itu yang dibimbangi oleh melayu khususnya umNO.

Hakikatnya apa yang berlaku kini PAkataan Rakyat tidak memperlekehkan melayu sebagaimana yang di momokkan umNO. Pulau Pinang adalah contoh. Namun umNO lah yang memperlekehkan dan mendera Melayu sebagaimana berlaku di Kelantan. Rakyat Trengganu juga merasi derita itu apabila umNO menahan royalty minyak. Syarat umNO bukan melayu…syarat umNO ialah BN!
Jika melayu itu PAS atau PKR , umNO tetap mendera. Jika cina dan India itu BN, umNO tetap menolong. Malah berapa banyak kerusi dominan melayu diserahkan kepada MCA, GERAKAN, MIC .  Di Perak, Grik adalah buktinya . Kawasan solid melayu diwakili oleh MCA yang kini menjadi menteri Perlancongan. Sebelum itu umNO menggadai Bukit Gantang yang merupakan bumi bersejarah melayu di Perak.

Di Pulau Pinang umNO menyerahkan KM kepada Gerakan sekalipun umNO adalah paarti majority dalam DUN Pulau Pinang yang jelas sekali berbeza dengan Perak yang menabalkan DS Nizar dari PAS sebagai MB sekalipun DAP menguasai. DAP juga berjanji mengekalkan DS Nizar menjadi MB Perak jika Pakatan Rakyat menguasai dalam PRU 13 sekalipun ada calon melayu dari DAP.

Kebimbangan melayu yang ada termasuk pada Abd Rahman adalah hasil kerja keras media umNO. Kebijaksanaan boleh sahaja menjadi buta dengan dongengan umNO selama ini. Apatah lagi bilamana kebijaksanaan dikuasai oleh sentiment yang berlebihan.

4 ulasan:

kamahelmi berkata...

knapa masih membutakan mata...jika parti yang berkait rapat ngan UMNO cepat je kata zalim...tapi DAP tetap disanjung....xsedarkah apa yang DAP dah buat dalam memerangi ISLAM...dalam kes LINA JOY DAP telah mengadakan interfaith commission di PJ menyokong Lina Joy murtad...tu pon masih nak sokonng lagi??

DEMI MELAYU berkata...

1) Betul ke DAP yg buat? Buktikan...
2) Bukan ke umNO yg halang cadangan PAS gubal undang2 murtad?
3) Siapa yang halang Kelantan laksana Hudud? Bukan ke Mahathir?
4) siapa yang rampas Royalti trengganu negeri melayu??? Bukan ke umNO?
5) Siapa yang sekat bantuan ke Kelantan termasuk peruntukan pinjaman air? Bukan ke umNO?
bla....bla... bla... banyaknye...

imran ahmad berkata...

hahaha ada jugak blogger yang perjuangkan PAS mempercayai cakap2 portal malaysiakini yang sememangnya kepunyaan DAP...xsedarkah PAS DAP hanya ingin mempergunakannya untuk berkuasa...kalau DAP berjuang bersorangan sampai mati pon DAP xkan boleh berkuasa...siapa yang halang hudud nie???cuba tanya apa pendirian DAP tentang hudud???Mahathir xpnah halang cuma Mahathir mohon enakmen hudud terengganu yang dibentangkan diperhalusi...cuba baca surat penjelasan mahathir yang boleh didapati di mana2 shaja kalau search dlm google

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

amran... Hudud Kelantan dulu siapa yang halang...siap ugut lagi... kenyataan Seks Lek pulak macam mana???
umNO langsung tak pernah nak laksana hudud...macam macam alasan...

umNO tak layak kata sesiapa halang hudud...dia sendiri tak pernah nak laksana hudud.

MCA, MIC dan Gerakan pun tak pernah dapat eprintah sendiri...apa komen umNO bile Seks Lek kritik malah hina hudud...BACUL!!!