Isnin, 5 Disember 2011

BARI... SEKS LEK... ANTARA JAGA PERUT DAN BAWAH PERUT

Bersuara lagi Chua Seks Lek ni. Sibuk pulak pasal hudud. Macam mana penganjur boleh ambik Chua Seks Lek ni jadi panel aku pun tak tau. Ada ke patut orang macam ni nak dirujuk pendapat dia...

Hudud adalah milik orang Islam. Ia kewajipan dan bukan pilihan. Orang bukan Islam diberi pilihan. Nak terima atau tidak. Kalau tak terima bukan bermakna mereka lepas kerana di sana ada undang undang Takzir atau undang undang lain yang dipersetujui. " Berhukumlah dengan mereka (berdasarkan hukum Allah ) atau berpalinglah dari mereka." inilah hujah pilihan diberi Allah. Jenayah tetap jenayah. Tak de masyarakat menerima jenayah, cuma yang berbeza ialah menilai jenayah. Mungkin orang MCA beranggapan melanggan pelaacur tu perkara biasa, lalu mereka menerima ketua sebegini. Mungkin umNO beranggapan main dengan pelacur tu bukan salah besar, lalu mereka meraikan pemimpin sebantal mereka dalam BN.

Aku tak heran pasal Seks lek ni sebab dia bukan Islam. Aku nak tengok apa kata umNO dan ulama muda dalam umNO tentang kenyataan ini. Tak rase hine ke Seks Lek ni hina undang undang Allah. Masa Karpal tentang hudud berkokok le orang umNO . Waktu itu PAS tetap menentang pendirian karpal, cuma PAS susah hati sebab Karpal tentang hudud kerana umNo pun tentang hudud.

Aku tak tengok forum ni... tapi aku nak tau juga ulasan Bari tentang kenyataan Seks Lek ni kerana dia ada kat situ. Seks Lek ni bukan kata PAS tetapikutuk undang undang Allah. Kalau ulama yang kononnya nak dakwah dalam umNO pun diam sedangkan dia ada kat situ, maka jadi syaitan bisu le dia.

Aku tak fikir Bari tak sensitif kerana setahu aku puak ni anti sangat pasal bid'ah. Talafuz pun depa serang gile gile, Doa awal tahun pun berhempas pulas, takkan pasal hukum Allah dia boleh buat pekak? Atau takut bos marah? Kalau inilah sikap ulama muda , lebih baik kerja sembelih babi....tak de orang marah..


Dengor  Bari cakap dalam perhimpunan umNO, tak de orang halang dia cakap pasal Islam. Memang orang tak marah cakap Islam. Yang orang umNO marah bile hang tentang mungkar..... Kita orang awam boleh buat penilaian sendiri sikap umNO termasuk ulamanya tentang agama Allah. Apakah orang macam ni diharap pertahan agama , bangsa dan tanahair? Kalau agama yang berkait dosa pahala pun tak jaga, aku tak pikir depa nak jaga bangsa dan negara...melainkan jaga perut dan bawah perut je....

Tiada ulasan: