Selasa, 6 Disember 2011

UJIAN PERTAMA JAGOAN ISLAM umNO..

Sehingga kini belum ada suara umNO yang marah kepada Seks Lek. PERKASA yang khabarnya marah pun tak lah naik minyak ketika beberapa isu berkaitan melayu yang dikaitkan dengan DAP. Memang kita tahu PERKASA ni melayu dan bukan kisah sangat dengan isu Islam.

Ulama umNO langsung tak bersuara .  Mungkin suara mereka tersekat di perut buncit yang diisi dengan duit ampu bos. Takut yang buncit tu kempis agaknya.  Sikap "double standart" umNO memang jelas. Umum mengetahui bahawa kenyataan Seks Lek ini sangat jahat dan mencabar hak Islam. Beliau bukan sahaja tak mahu hudud malah menuduh perlaksanaan hudud akan menjejaskan negara. Begitu berani Seks Lek menceroboh sempadan umat Islam.

Suara beraani dalam perhimpunan umNO yang kononnya membela Islam hanya berkokok di depan Presiden dan dalam PWTC aje. Bising macam jaguh kampung yang tak kemana. Mungkin mereka takut bersuara kerana mereka bimbang seks Lek mendedahkan perangai buruk mereka. Maklumle...dah lama tidur sekelambu... mungkin hal dalam kain pemimpin umNO dalam gengaman Seks Lek. Seks berkokok tu pun untuk kebaikan pemimpin umNO juge. Kalau jalan hudud.... ramai le yang kene dakwa...

Orang melayu umNO sewajarnya bersuara. Jangan kerana Seks Lek ini kawan sebantal mereka lalu mereka boleh senyapkan suara Seks Lek dalam kelambu mereka. Mana suara gagah dalam perhimpunan agong umNO nak bela Islam....Ini ujian pertama untuk jagoan Islam yang berkokok serak di PWTC tempohari...jika tidak...tahulah rakyat bahawa sidang itu tak lebih dari latihan drama purbawara yang nak tengok siapa pelakon terbaik untuk diketengahkan sebagai calon umNO kerana kuasa penuh di tangan Presiden.....

Tiada ulasan: