Isnin, 9 Januari 2012

HASSAN ALI, AHMAD RIFAAT DAN PEROSAK JAMAAH...



Dr Hasan Ali terkejut. Mengapa dia dipecat serta merta. Baginya ia berjuang untuk Islam. Islam yang ia fahami. Islam yang baginya lahir dari kasih sayang terhadap melayu dan rajanya. Islam yang mungkin diwarisi dari semangat sewaktu beliau menjadi pakar motivasi. 

Hasan Ali seorang yang terkenal. Dia terkenal sejak sebelum bersama PAS. Dia menjadi terkenal dan masuk PAS . Populariti Hasan Ali mungkin sedikit dicemburui oleh orang yang telah lama dalam PAS. Mungkin oleh mereka yang telah disumbat di dalam ISA kerana perjuangan PAS. Mereka telah lama berjuang dalam PAS tetapi Hasan Ali terus menjadi pemimpin dan Exco dalam negeri yang kaya. Itu hanya kemungkinan…

Hasan Ali terkejut kerana tidak menyangka PAS akan bertindak sekeras itu. Alasan bahawa perjuangan Islam beliau dibalas sebegitu  oleh PAS adalah lambang kejahilan beliau terhadap jamaah PAS.  Mengungkit apa yang kita lakukan adalah petanda tidak molek bagi menilai keikhlasan biarpun ia bukan ukuran hakiki. Hasan Ali mungkin terlupa bahawa beliau sudah diberi ingatan dulunya. Dia juga mungkin lupa bagaimana pemimpin utama PAS bersusah payah menangkis minatnya dengan media. Mungkin ini yang dikatakan pepatah…kerana pulut santan binasa…

Kesalahan Hasan Ali di dalam islam mungkin tak besar mana.  Ia masih dilihat konsisten dengan Islam. Namun mungkin Hasan Ali lupa bahawa perjuangan Islam beliau menumpang di dalam jamaah Islam PAS. PAS punyai nakhoda. Walaupun beliau duduk di kerusi empuk dalam bilik hawa dingin  bahtera PAS, beliau tetap penumpang…. Atau mungkin ada tugas sebagai kelasi kelas satu… Dia bukan Kapten kapal.

Kesalahan Hasaan Ali ialah kerana keengkarannya kepada jamaah. Alasan pemecatannya dijelaskan oleh Tuan Guru Presiden kerana tindakan yang  merugikan jamaah. Bukan merugikan islam!  Beliau masih boleh terus berjuang untuk Islam di mana mana jua… dan juga boleh terus merayu untuk kekal dalam PAS  Sebagaimana ingatan ringkas Ketua Pemuda PAS Pusat…. Cuma perlu tahu adab dalam jamaah.

Tindakan PAS Pusat itu mungkin keras. Ia mungkin sekeras tindakan terhadap pendokong Syiah satu ketika dulu… malah kepada beberapa pemimpin utama PAS dulu. Tiada celanya Hasan Ali dalam perjuangan Islam… melainkan kerana sering terbabasnya dari hala tuju jamaah. Ia dianggap merosakkan jamaah. Kerana jamaah ada strategi. Mungkin Hasan Ali ada persamaannya dengan Ahmad Rifaat dalam perjuangan Ikhwan Muslimin di Mesir… hanya satu kemungkinan…

Tindakan keras ini harus di lihat dari sudut ketegasan Pas menjaga jamaah. Azmin tak perlu merasakan PAS terpengaruh dengannya… Azmin hanya insan terasing dari bahtera perjuangan. Bukan hanya dalam penilaian PAS barangkali , malah mungkin bagi PKR Selangor khususnya Datuk Khalid Ibrahim. Jadi Azmin jangan terlebih menyondol…..

Ini adalah isyarat jelas Pas… kepada sesiapa yang  ingin menjadi perosak PAS, atau mungkin mengalih bahtera perjuangan dan prinsip perjuangan PAS. Hassan Ali dilihat membawa pandangan peribadi. Pandangan yang terkeluar dari ijtihad politik PAS. Bagi Pas ia merugikan dan akan menghancurkan jamaah. Orang begini perlu membetulkan saf nya dalam jamaah. Mereka perlu duduk dalam majlis tarbiah dan usrah dengan menundukkan kepala dan hati terhadap tarbiah PAS.


Golongan seumpama Hasan Ali bukan seorang. Malah membetulkan Hasan Ali bukanlah suatu yang susah, hanya sedikit yang sulitnya ialah kerana jawatan dan kedudukan Hasan Ali yang sedikit tertonjol. Namun Hasan Ali mungkin lebih ikhlas dengan apa yang ada dalam hatinya… diluahkan untuk semua menilai… Saya tak fikir beliau ingin menghancurkan PAS…. Kerana beliau tidak punyai gerombolan dan pasukan dalam melaksanakan pendiriannya… hanya mungkin ada yang simpati.

Apa yang dibimbangi ialah gerakan yang bekerja mengubah jalur perjalanan jamaah. Suara  bahawa Pas tidak semestinya dipimpin oleh Ulama adalah sesuatu yang sangat merbahaya. Seruan supaya tiadanya wala adalah dalam jamaah adalah virus perosak jamaah yang lebih dahsyat untuk meruntuhkan jamaah. Apalah ertinya perjuangan Pas jika bukan dipimpin oleh ulama? Apalah bezanya 
PAS dengan rakan dan parti lain jika ia bukan dipandu oleh syuro ulama?

Idea dan seruan ini bukan dijalankan oleh individu. Ia bergerak secara cergas dengan satu gelombang yang sangat teratur. Mungkin kerja keras gelombang menukar kepimpinan ulama dan menghapus wala dalam Pas lebih kuat dari kerja menjatuhkan umNO dan BN. Itu sangat merbahaya.

Jika diperhatikan sejak kemenangan 2008, Pas kerapkali menghadapi masalah dalaman terutama menjelang pemilihan parti.  PAS adalah satu jamaah yang tahan dan telah teruji. Ramai yang berminat untuk mengendali bahtera yang ampuh untuk mencapai cita cita masing masing. Kalau musuh Berjaya menyusup ke dalam mujahidin Afghanistan untuk menghalang kemenangan nya… apa pelik musuh duduk bersembunyi di dalam PAS…. Atau cuba mengawal kemudi PAS…

Siapa musuh di dalam PAS ? Jawapan yang sukar dibongkar… namun harus dianggap sesiapa sahaja yang berusaha mengubah kemudi perjuangan PAS  adalah musuh dalaman… Kita mahu PAS terus kekal dengan kepimpinan, prinsip dan ijtihad politik yang terus dipimpin oleh ulama.. Hanya ulama mampu membawa halatuju PAS kerana mereka adalah pewaris nabi…dan perjuangan Islam adalah mewarisi perjuangan Nabi..

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku tak paham tulisan berbelit-belit ni.
Yang saf kepimpinan dalam Pas tu yang TGHH latih dulu le. Mat Sabu, Husam, Tuan Ibrahim, semua tu tu ikut usrah masa di universiti. Kamu ingat Universiti Azhar di Mesir sahaja boleh tarbiah orang jemaah Islam. bila lagi nak percaya kat orang yang Pas tarbiah sendiri.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Sah hang tak paham....baca banyak kali bagi paham...atau tanya yang paham...

Tanpa Nama berkata...

Hassan Ali memang patut di pecah. Aku setuju sangat la. Sebabnya seperti dijelaskan, ie. Hassan Ali sudah tidak dapat mengawal diri dari menuruti dan taat pada Jamaah. Beliau lebih pentingkan pendapat beliu seorang sahaja. Beliau telah tidak menghormati ketua even Pesuruhjaya Selangor sendiri. So, kalau dah tak boleh bekerjasama dan dengar kata Jamaah, maka lebih elok lah dia keluar atau di pecat. Lagi lama simpan, lagi lama bela, lagi teruk nanti jadinya. Merugikan sepertimana kenyataan Datuk Hj Hadi Awang.

Tahniah PAS kerana cepat membersihkan anasir yang merosakkan.

Tanpa Nama berkata...

kalau dah tak hormat pemimpin dan jamaah dan punya haluan sendiri memang tak boleh lah terus bersama jamaah. dah tak satu hati, satu fikrah. kena lah keluar dari jamaah. tak kan itu hasan tak faham. itu kan yang paling asas dalam mana pun organisasi. sepatutnya hasan yang undur jadi tidak perlu dipecat.

panah berkata...

… Saya tak fikir beliau ingin menghancurkan PAS…. Kerana beliau tidak punyai gerombolan dan pasukan dalam melaksanakan pendiriannya… TAPI ada sepuak dlm PAS yg punyai gerombolan dan pasukan dlm melaksanakan agenda memperlekehkan /menjatuhkan ulamak! Mungkin anak sengat lebih arif!