Kes pemecatan Hasan Ali nampaknya masih menarik minat banyak pihak. Isu dan ulasan tentangnya masih riuh digebangkan orang termasuk pengulas. Paling menarik minat mereka mengulas kemungkinan Hasan Ali merayu dan diterima rayuannya. Ada yang dah lebih sudu dari kuah. Membuat telahan malah ada yang lebih jauh dalam membongkar mesyuarat PAS pusat.
Biarlah Hasan Ali membuat keputusannya. Biar juga Majlis Syuro menentukan keputusannya. Apa nak sibuk sibuk? Apakah ada agenda lain yang belum selesai dalam isu ini? Ulasan itu dibuat seakan dirancang dengan penuh teliti. Jika ianya benar...memecat Hasan Ali hanya menatijahkan satu kemuncup yang dibuang , sedangkan duri dan racun dalam parti masih banyak lagi.
Ada beberapa persoalan yang perlu diberi perhatian rentetan ulasan terkehadapan beberapa penulis yang ditonjolkan. Saya tak berminat untuk meneroka lebih banya blog yang saya yakini juga berminat mengulas sebagai nujum pak Belang! Nujum pak Belang....
Antara persoalan yang timbul ialah ulasan Malaysiakini tanpa nama penulisnya. Ini bermakna suara rasmi portal itu sendiri. Ia bukan hanya membuat ramalan tentang beberapa kemungkinan malah menyedut pendedahan oleh blog penarik beca. Penarik beca menyebut bahawa cadangan pemecatan itu datangnya dari Tg presiden sendiri. "Apa-apa pun, bak kata Orang Putih, untuk berlaku adil kepada Abdul Hadi, difahamkan majoriti ahli mesyuarat mahukan Dr Hasan digantung antara enam hingga 15 bulan. Tetapi, Presiden PAS itu sendiri yang menekankan supaya Dr Hasan dipecat. Kalau ada pembetulan kepada maklumat itu, saya akan siarkan." Dari mana beliau dapat maklumat tersebut tidaklah diketahui. Bukan baru bagi PAS pusat ...segala maklumat dalam mesyuarat seringkali terlucut keluar dari mulut cabul JK nya. Siapa toyol itu tidaklah diketahui. Ia sangat merbahaya. Ia bukan isu baru... Pihak media sendiri seringkali mendapat maklumat awal apa yang berlaku dalam mesyuarat PAS pusat. Samada rahsia mesyuarat itu terlucut kerana memang mulut cabul atau ada perancangan tersendiri yang berniat jahat erhadap PAS! PAS mesti menyiasat perkara ini.
Mungkin ada yang kata bahawa ia bukan rahsia... itu perkara biasa... itu tandanya orang itu memang tak tau adab mesyuarat. Tiada mesyuarat pintu atau mesyuarat tingkap. Tiada apa yang boleh didedahkan melainkan di arah atau mendapat kebenaran. Ini bukan peringkat cawangan. Peringkat pusat. Apa yang menjadi kebimbangan ialah sikap ambil mudah . Apa pun yang berlaku dalam mesyuarat adalah rahsia. Dalam isu ini, sedikit sebanyak pendedahan akan memberi pengaruh kepada umum.... sendiri pikirlah...
Saya tidak fikir ulasan mendahului segalanya dibuat dengan tidak sengaja. Ia seakan halangan awal kepada Hasan Ali untuk merayu, jua halangan dan mungkin pengaruh kepada pendokong PAS untuk melihat bahawa keputusan ini adalah kehendak dua Tok Guru yang menjadi rujukan PAS. Golongan ini mungkin tak tergamak untuk menggunakan istilah wala di atas cadangan TG Presiden kerana mereka anti wala, tetapi itulah isyarat sebenar yang ingin di sampaikan. Sifir nya sangat mudah bagi yang mengikuti perkembangan isu ini dengan teliti. Menyingap apa yang tersirat dari yang tersurat!
Saya sendiri tidak berharap Hasan Ali akan merayu, namun demi ketenangan dan ending yang baik dalam karier politik dan perjuangan islam, Hassan Ali perlu merayu...setidaknya untuk meredakan isu dalam masyarakat dan menutup pintu fitnah umNO. Selepas itu Hasan boleh tutup mulut! Hassan Ali sudah tidak beerti bagi PAS, namun PAS perlu situasi tenang untuk meneruskan tumpuan perjuangannya dengan menutup sebanyak mungkin pintu fitnah...luar dan dalam..
Saya juga sangat yakin bahawa isu Hassan adalah agenda awal. Ada agenda tersusun sedang dilaksanakan dari perancangan besar yang masih tersembunyi. Samada ia datang dari umNO atau golongan bernafsu besar dalam PAS sendiri yang ghairah kepada kemenangan. Salahnya Hasan Ali ialah "besar kepala" dan tak tau adab jamaah... malah mungkin tak guna sifir politik. Hasan Ali dilihat menjadi alat umNO atau sebenarnya alat pemain catur yang bijak!
Agenda besar PAS kini ialah menjernihkan ahli dan pimpinannya dari fikrah luar. Fikrah umNo atau apa jua fikrah asing sekalipun berwajah islam. Islam yang didokong oleh PAS selama ini telah terbukti ampuh. Sebelum kemenangan, Parti Islam ini wajib membersihkan dirinya dari anasir penyelewengan prinsip parti..PAS adalah parti siasah dan dakwah... tak mungkin terpisah...selamanya tak mungkin terpisah dan berubah.... kerana itulah Islam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan