Jumaat, 27 Januari 2012

TIGER SHOW KE...

Kadang kadang aku pening dengan orang politik yang rasa cerdik ni. Seronok sangat layan  cerita dan kisah yang tak sudah. Nampak macam cerdik tapi sesekali difikir macam langsung tak cerdik. Tak habis dengan Hasan Ali yang dah tak berhaluan tu... Kalau dah cerai bini tu sudah le...tak payah nak promosi dia lagi...kekadang nampak macam gile talak...tak pun nampak sangat macam busuk hati...  Makin di layan...makan menjadi le janda tu...dia ingat kita "gile talak kat dia.

Aku ingat orang PAS tok sah  layan la Hasan sorang tu... Dia nak buat roadshow ke??? talk show ke...hapa show ke...hatta kalau dia nak buat Tiger show pun kitak tok sah peduli... itu promosi free namanya... Tak perlu nak dedah kajian isu Hasan Ali tidak menjejaskan...semua orang tahu...kalau disebut dan dikaji, macam isu itu ada kesan...itu persepsinya...dah tak kesan...pedulikan....

  Bergaduh mulut ni nampak seronok bila ada yang menjawab... bile kite bo layan...lama lama senyap le dia... Bior nampak dia macam orang bodoh...jangan kite pulak terjerit jerit nak layan dia bertekak.. Hari ni aku tengok Malaysiakini ada tiga berita isu Hassan Ali... terpikir aku... apa pentingnya dia ni...ke ada yang masih tak puas hati...???

Pertama Khalid Samad... semua tahu permusuhan Khalid ngan Hasan... bukan rahsia...Kalau Hasan dedahkan parasit tu...nama Khalid lah akan keluar di senarai pertama... betul atau tidak bukan persoalannya...itu bergantung kepada hujah Hasan Ali ...Terima atau tidak bergantung kepada penilaian kita... Kalau Khalid nak dilihat baik dan tak berdendam...tak payah layan la...melainkan Khalid masih mengintai orang yang didakwa sokong Hasan Ali di dalam PAS agar terseret keluar bersama Hasan Ali...Hanya Khalid yang tau..

Tak cukup dengan itu... Muslimat pun minat juga dengan Hasan Ali. Wan hasrina ni macam tertinggal bas...orang dah malas nak cakap pasal Hasan Ali yang tarak untung... dia pulak kaitkan Hasan Ali dengan kelab taat suami... Dr Rani lebih profesional...ulas kelab taat, kelab taat la...ni boleh kaitkan pulak dengan Hasan Ali... Tak pasal nama Hasan Ali popular lagi...tak cukup dengan promosi TV3 dan alat media umNO lain... tolong promosi lagi..

Aku sebenornya dah nyampah dengan isu Hasan Ali ni... tak pasal pasal kita habis masa nak urus  dia.. Tapi nampaknya ada lagi dalam PAS ni " masih sayang" dengan Hasan Ali... mungkin sayang tu duduk dalam "rindu dendam" kut... Aku lebih seronok dengan pandangan jauh Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim... inile jiwa besar... ...  Lupakan Hasan Ali..... kita letakkan  aje Hasan Ali sebagai bakul buruk yang tak ada nilai berita dan ulasan lagi... 

Azmin??? bo layan la...mamat nni pun suka nyibuk... banyak kerje lain boleh dibuat...

Tumpukan PRU 13.... jangan layan kemuncup...


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Relaxlah Anak Sengat.

Tak habis2 nak hentam Khalid Samad. Dulu anak sengat juga yang syok dengan Hasan Ali.

Konsistenlah sikit.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Itu tanda bukan sokong individu... apa erti konsisen kalau yg salah di sokong...? sapa tak betul...wajib ditegur... ke yang saya tegur ni tak betul... hujahnya...???

Tanpa Nama berkata...

Khalid Samad tu salah seorang TPJ Selangor. Jika ada sesuatu yang perlu dibetulkan terhadap sesuatu isu yang berkaitan dengan PAS Selangor, wajarlah dia membetulkan persepsinya. Itu dalam ruang lingkup tanggungjawab beliau.

Apalah yang Anak Sengat tau pasal isu PAS Selangor selain dari menjadi pengikut yang pernah tersilap memilih pemimpin?

Janganlah terlalu emosi. Gunakan akal ketika berhujah. Rasional dan sabarlah.

Aa berkata...

ama kan:
http://lebanglibu.blogspot.com/2012/01/sah-parasit.html

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

dalam artikel yg di link tu ape le tentang selangornya???
Isu Selangor??? apa yg saya Tahu..belum masa kita bincang apa isu dalam selangor...tunggu selepas PRU... tunjuk tak betulnya tulisan tu...Tuan Ibrahim pun bang Li maksudkan tak pakai akai la???
sapa yg emosi ni...sampai tak boleh disentuh bos tu bang li oiiii

Tanpa Nama berkata...

Anak Sengat tak payahlah main serkap jarang. Saya x de kena mengena dgn Lebang Libu.

Baik fokus kpd tulisan Anak Sengat sendiri yg melambangkan arah pemikiran saudara sendiri.

Anak Sengat patut pasrah kerajaan UG yg disokong oleh Anak Sengat telah ditolak oleh Muktamar yg lalu. Kalau keputusan Muktamar yg telah disyurakan, Anak Sengat masih rasa tak betul, kualiti apakah yg ada pada Abak Sengat sebagai ahli parti yg walak dan thiqaah?

Jgnlah bila kita ada kuasa dan yg kita suka saja kita nak org walak. Kalau cam tu, Anak Sengat dengan Hasan Ali lebih kurang aje. Jgn emosional Anak Sengat.

Tanpa Nama berkata...

Kesimpulan : Anak Sengat kena ingat, bolih kritik pada sesetengah tokoh je tapi awas jangan sentoh yg lain nanti kena tuduhan dan kecaman yg buruk.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Libang libu??? Maaf saya tak kenal libang libu...saya juga tak suka heret bloger lain...
UG? satu lagi perangkap umNO? sdr tahu apa 3 alternatif majlis syuro selepas PRU12?
sdr tahu apa UG? UG bukan bersama umNO tapi kerajaan tanpa pembangkang. sdr kene tanya DSAI dan Kit Siang apa sebenarnya UG...apapun ia telah ditutup selepas tergendala gara gara orang yg tak paham menuduh ianya percantuman dengan umNO dan kejatuhan Pak Lah... saya malas nak ulas orang yg tak paham ...apatah lagi ia telah ditutup oleh Presiden sendiri...
Dalam mana mana jamaah Islam memang orang seperti ahmad rifaat.. saya rasa seorang peguam punyai kecerdikan untuk menaakul perkara itu jika kita jujur...
kecaman??? apa dihadapi Rasululullah lebih teruk.... Hadits al ifk dan peristiwa masa balik dari perang Raji' adalah pengajaran besar buat pejuang Islam..saya akan ulas jika ada kesempatan insyaAllah..

Tanpa Nama berkata...

Kalau takut dikecam jgn mengecam. Lebihkan muhasabah diri. Jgn asyik suruh org lain saja muhasabah...

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Dah muhasabah ke belum???

sondol adlin berkata...

aku penyokong Hassan Ali apakau nak cakap, memang orang orang pas sekarang parasit, sebab dah terminum kencing babi

doktor haiwan berkata...

sapa yg nak sokong hasan ali sokong la.sebab dlm jiwa dia ada tersimpan masalah rakyat.sbb tu ubah suai pejabat penjejah paling tinggi.senang rakyat seribu dua ribu masuk pejabat.belum pun masuk penggal ke dua.sama naik dgn doktor gigi yg buat istana kat slgor.