Ahad, 28 Oktober 2012

AYATOLLAH DALAM PAS

Lontaran pandangan Dr Asri bahawa pemimpin Ulama PAS jangan jadi macam Ayatollah yang tak boleh ditegur menghangatkan sedikit suhu dalam Ulama PAS. Beberapa kenyataan Ulama termasuk dari Ketua Ulama dan ketua Penerangan Ulama menjadi perhatian. Termasuk juga pandangan Timbalan ketua Dewan Pemuda juga Ulama.

Pandangan Asri itu tidak ada salahnya. Beliau menyatakan teguran beliau yang mungkin kebimbangan beliau. Namun dalam dunia politik dan suhu yang agak panas, segala teguran sewajarnya berada di atas asas yang telah berlaku. Ringkasnya ... teguran itu mesti ada asas kewujudannya.

 Saya teringat guru guru saya dulu yang mengajar tentang najis seringkali menyelitkan cerita hukum air mani yang suci . Pertanyaan tentang bolehkah air mani itu di jadikan air wudhu jika dua kolah.. Jawapannya mudah...himpun dulu biar jadi dua kolah. Assyahid Hasan Al Banna juga memberi penekanan agar kita membincangkan perkara yang menghasilkan natijah kerja dan bukan membincangkan perkara yang bersifat ramalan, apatah lagi ramalan itu menjelma dalam persepsi ia wujud dan berlaku.

Semua tahu bahawa Syiah adalah isu yang menjadi perhatian akhir akhir ini. Pihak kerajaan dan pihak berkuasa agama juga berkerja keras membendung Syiah dari berkembang. Ringkasnya ... Syiah memang sudah buruk dan jahat di mata masyarakat Islam terutama kita yang berpegang dengan Ahli Sunnah... Menghubungkan dengan ulama  PAS adalah sesuatu yang bersifat jahat. Ia menjadikan PAS akan dijauhi dari masyarakat terutama melayu yang tebal dengan ahli sunnah .

Kita mungkin tahu dan bersangka baik dengan jawapan Dr Asri kerana ia menjawab kehendak Moderator yang terkenal kurang mesra  dengan PAS yang dipimpin oleh Ulama. Namun jawapan dan kenyataan Dr Asri sewajarnya di jawab oleh ulama PAS . Menjawab bukan beerti tidak berlapang dada. Menjawab beerti memberi pencerahan dan kefahaman. membiarkan ia menjadi fitnah adalah sifat bodoh ... bukan berlapang dada!

kenyataan Asri juga memberi beberapa implikasi... dalaman dan luaran...

Implikasi luaran ialah... Pandangan serong masyarakat terhadap PAS dan kaitannya dengan Syiah. Walaupun bukan itu dimaksudkan Dr Asri, namun persepsi tetap timbul apabila kaitan dan label yang diberi. Ia merugikan masa depan politik PAS jika dibiarkan tanpa jawapan.

Implikasi dalaman ialah anggapan perlunya PAS di pisahkan dari kepimpinan Ulama kerana Ulama tidak boleh ditegur??Tidak berlapang dada.. Jika tuduhan pemimpin PAS tak boleh ditegur ... mengapa hanya dituju kepada ulama sahaja?? bukankah ada lagi pemimpin PAS yang juga tidak boleh ditegur... sekalipun teguran itu datangnya dari Mursyidul am dan Presiden sendiri?

Presiden PAS ternyata sangat berlapang dada dengan teguran. Sebagaimana telah dijelaskan dalam kenyataan pemimpin Ulama, Bagaimana terbukanya Tg Presiden merelakan Dr Aziz Bari mengkritik beliau secara terbuka di pentas PAS secara berhadapan... apakah ada pemimpin yang berlapang dada sebegitu?

Persoalan saya kepada isu yang ditimbulkan Dr Asri ialah kenapa Ulama di dalam PAS menjadi sasaran kritikan  atau nasihat beliau? mengapa tidak kepada pemimpin PAS secara umum jika PAS yang menjadi sasaran berdasarkan kehendak moderator? atau ia merupakan satu usaha berterusan menjatuhkan kepimpinan Ulama PAS... ?

Ternyata ramainya pengulas dalaman yang sangat berminat terhadap isu ini dan menjadikan Ulama PAS sebagai sasaran kritikan. Ia bukti kerja ini dirancang dengan sangat teliti... Jika dulu hanya umNO yang menyerang ulama.. kini kerja itu diserahkan kepada golongan anti ulama di dalam PAS.. apakah mereka adalah musuh dalam selimut yang sengaja berusaha mencari jalan melemahkan Jamaah Islam dengan memisahkannya dari kepimpinan Ulama??? tiada yang mustahil!!!

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Isu yang seringkali timbul menjelang Muktamar..

Tanpa Nama berkata...

Kenapa katakan berlapang dada tapi tulisan nya penuh syak wasangka. Sekiranya tidak benar katakan dengan contoh bukti dan fakta bukan dgn katakan pimpinan ulama pas sentiasa terbuka utk kritikan. Kalau kita lihat perkembangan semasa di blog terdapat 2 kump blog yang bertentangan yang satu sokong ulama tak terima pandangan akal org lain langsung dan satu lagi kalangan yg tak menolak ulama tetapi di label dgn berbagai fahaman sekular, liberal, syiah dan berbagai lagi. Kenapa tidak mahu bersederhana seperti Rasulallah. Ibadat pun nak nampak hebat hebat, pakaian pun nak tunjuk warak sangatlah dan berbagai lagi. Apa salahnya bersederhana sepertimana yang ditunjukkan oleh baginda sendiri. Banyak ibadatnya yg tersembunyi (tetapi umat perlu tahu) dan ucapan nya indah, kelakuan nya terpuji dan gaya hidupnya serba sederhana.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Bukti TgHH dengan aziz Bari itu antara bukti la... Masih lagi anggap Ulama tak terima pandangan...

Memang pandangan Ulama keras dan tegas sebab bersandarkan hujah dan dalil yang tegas... kalau pakai hujah akal memang mudah berubah...sampai Hudud boleh tangguh dulu untuk dapatkan sokongan bukan Islam...

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Ulama mana dalam PAS yg sebegitu... Rasulullah tu memang contoh...tapi pakaian sahabat juga contoh yg di biarkan Rasul... yg pakai selekeh sedangkan ada nikmat ditegur oleh rasul...semuanya ada dalam Riadhus solehin...
Ada amalan tersembunyi...ada amalan yg disuruh tunjukkan untuk contoh...samapai keluar hadis sapa tunjukkan contoh kebaikan dapat pahala sama.. juga ada dalam riadhussolihin... please semak...

Tanpa Nama berkata...

dah prg tu pasal ulama maka kebimbangan kpd ulama dalam Pas.

dewan ulama dan dewan pemuda ni bila pemimpin Isma belasah Pas secara terbuka membisu sehingga Presiden terpaksa menjawab berkenaan tahaluf siyasi.

mana ada kenyataan segera dewan ulama bila Isma belasah Pas. adakah dewan ulama ada hubungan senyap dgn Isma ka?

ajib berkata...

"terdapat 2 kump blog...satu lagi kalangan yg tak menolak ulama.." jdnya statement mcm "org yg mgaji agama bodo tak pas spm", "ulama bodo" tu statement grup yg tak menolak ulama. br aku tau

Tanpa Nama berkata...

salam....ana rasa yang membuat ulasan atas apa yang dinyatakan oleh Dr. MAZA tu semua bertaraf ulamak.. tambah lagi Ketua Dewan Ulamak sendiri buat statement... setalah ana dengar sendiri ulasan Dr.MAZA beberapa kali, beliau berkata lebih kurang bunyinya begini..."...........dan kalau kita tidak berhati-hati, mana-mana parti politik termasuk PAS, kalau dia naik dengan mentaliti orang agama tak boleh disentuh........." Dengan statement begini kalau betullah yang mengulas tu ulamak...apa makna perkataan "KALAU"...KALAU anda tidak sepertimana yang dimaksudkan "KALAU"... kenapa cepat sangat melenting?...betul ke ulamak niii.... sebab Ulamak biasanya cukup teliti dan berhati-hati sebelum sesuatu hukum dinyatakan atau dikeluarkan..... Ini cepat sungguh keluar ulasan.... betul ke dia ni ulamak?? buat malu aje...

Tanpa Nama berkata...

Tahukah kita dewan ulama mulutnya isma sbb tu tak bantah bila pas dibelasah isma

Tanpa Nama berkata...

Jangan buat tuduhan la...PAS bebas dari ISMA,..... cuma JIM yang nak kuasai PAS....

Tanpa Nama berkata...

Pas bebas dr Isma hanya dewan ulama shj ada hubungan senyap dgn Isma. sbb tu dewan ulama tak jawab bila Isma belasah Pas

Tanpa Nama berkata...

Dewan Ulama yang pertahankan ke aslian PAS dari dicerobohi oleh JIM dan sekutu dia... Sekarang dah pakai nama ikram... sebab tu puok mu ni musuh sangat dengan Ulama... Ambo buleh senarai puok JIm yg duduk dalam PAS.. Mu maroh Isma tak join mu? mu maroh Ulama sebab halang mu nak kuasai PAS... doh mu kato dua dua ni pakat...