Jumaat, 10 Mei 2013

SAPA KEPALA TAIK....?? BUKAN UG KE??

Selain Kelantan dan Pulau Pinang, Selangor adalah negeri Pakatan Rakyat yang cemerlang dalam PRU ke 13 lalu. Kecemerlangan PR di Selangor menjadikan BN berputih mata walaupun saban hari di lagukan sayangi Selangor. Berbagai usaha dilakukan dan boleh dikatakan Selangor adalah antara negeri yang menerima serangan  paling hebat dari  BN.

Bn sangat mendambakan Selangor kerana negeri itu adalah lubuk harta. Tambah lagi kebijaksanaan Tan Sri Khalid seorang eksekutif cemerlang memimpin Selangor dengan gaya yang sangat mengkagumkan. Beliau bertungkus lumus memikirkan bagaimana menjayakan Selangor dari berpolitik. Sebagai seorang hartawan, Khalid tak kebuluq harta Selangor.

Serangan paling hebat ialah melalui catuan air hasil kerjasama jahat SYABAS dengan BN. Namun gaya profesional Khalid menangani dengan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi politik sangat menambat hati pengundi Selangor hingga kemenangan besar dimiliki Pakatan Rakyat.

DAP dan PAS mengakui keadaan ini! Sebab itu dari awal lagi PAS nampak lebih berminat menyerahkan kerusi kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dari merebutnya walaupun berkelebihan dari segi bilangan kerusi. DAP juga begitu, dengan mengakui bahawa mereka tidak memiliki kerusi melayu, ia juga berminat Khalid Ibrahim meneruskan kecemerlangannya.

Yang peliknya kalangan PKR sendiri terutama pengerusi Perhubungan Azmin Ali yang umum mengetahui mengintai kerusi itu sejak lama dulu.  Tadi Azmin mengumpulkan kelompok pemujanya untuk menuntut kerusi MB secara yang dianggap berhelah. Bermula dengan kelancangan mulut tak berinsuran Zuraida yang meminta PAS dan DAP agar diam dan tak campur tangan, kini Azmin muncul setelah melihat tiada jalan selain menjengokkan kepala.

Kebodohan dan ketamakan kuasa Zuraida dilemparkan dengan tuduhan terbalik kepada PAS dan DAP sedangkan ucapan itu menzahirkan kejahilan dan kebodohan ADUN perempuan tu... Dia ingat Selangor PKR punya...

Di Perak , pernah menteri Besar diserahkan kepada PAS yang paling kurang kerusi DUN setelah DAP yang terpaksa akur dengan undang undang negeri yang mensyaratkan MB mesti melayu. PKR yang lebih banyak dari PAS menuntut kerusi tersebut. Pemimpin tertinggi dalam senarai DUN PKR adalah bekas posmen dibuang kerja. Kerana ketamakkan kuasa... majlis angkat sumpah terpaksa ditangguhkan.

Walaupun DSAI turut cenderung meminta jawatan tersebut, namun ketokohan DS Nizar dan sokongan DAP menyebabkan DSAI mengalah apatah lagi dengan restu Sultan.

Azmin seorang ahli politik . Beliau menjadi musuh Ezam setelah bersama mempertahankan DSAI. Beliau muncul setelah Anuar keluar ... Itulah yang menimbulkan kemarahan Ezam.. Anuar bagi Ezam lebih melayan Azmin berbanding dia yang bertungkus lumus berjuang. Azmin hanya mengutip hasil tanpa berjuang ketika susah... bacalah sejarah perjuangan azmin yang sangat indah...

Kini azmin ibarat Taik yang dah membusuk dalam perut Pakatan Rakyat. Serangan awal kepada Bos yang dipuja sekian lama adalah isyarat tuntutan jawatan MB agar DSAI mengendur. Anuar sehingga kini masih diam. Kita tak tau apa yang dipikir oleh Bos yang kaya dengan helah politik itu.??  Nasib baik Pakatan Rakyat ditangguhkan ke Putrajaya... kalau tak...tak tau la apa yang dituntut Azmin dari Bos pujaaannya..

Kalau masa Hasan Ali dulu, ia dikaitkan dengan UG walaupun hakikat apa berlaku adalah perjuangan peribadi. Sebagaimana Hasan Ali cuba berlindung di balik selendang untuk kebaikan Selangor, begitu juga Azmin. Saya mula menalah bahawa Azmin tidak akan kekal lama dalam PR jika idamannya kerusi MBSelangor tidak dimiliki. Apakah Azmin juga ada UG nya... walaupun hakikatnya UG itu adalah khayalan orang mabuk yang dipakaikan kepada Hasan Ali yang menjadikannya nampak gah... kerana dikaitkan  secara semberono dengan Presiden PAS.. yang tak pernah menepati hakikat tersebut.

Sidang Media yang dibuatnya itu adalah isyarat kekuatan yang dimiliki. Nampaknya perangai busuk umNO masih berbaja dalam kepala otak Azmin dan kawan kawannya.. Entah apa yang di marah dengan Tan Sri Khalid? Alasannnya Khalid mudah dipengaruhi... Siapa yang pengaruhi Khalid???

Apakah Khalid mudah dipengaruhi atau tak mudah di kuasai oleh Azmin??? Rasanya jawapan kedua lebih tepat... Apa yang membimbangkan aku ialah... BN akan menggunakan kuasa  cuba mempengaruhi Sultan merestui Azmin jika dua nama di angkat. BN tahu sangat Azmin lebih mudah dijatuhkan berbanding Tan Sri Khalid...

 PAS dan DAP mesti bertegas mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB... Biarlah Azmin dan Zuraida merajuk dan meninggalkan PR dari membiarkan mereka berkuasa dan membusukkan PR. Macam taik yang busuk...biarlah dia keluar dari menjadi kentut yang membusukkan seluaruh buana... macam kata novel Shit Shahnon Ahmad... Azmin mungkin kepala taik itu...uweeeeeeekkkk...

Tiada ulasan: