Selasa, 21 Mei 2013

MUAWIYYAH SESAT... NIK ABDUH BODOH???

Apa pandangan anda bila orang senyum pada anda???? Biasanya pandangan anda akan lahir dari persepsi dan nialaian anda kepada seseorang... Jika dia kawan anda... mungkin anda akan kata dia suka anda.... Jika dia musuh anda...mungkin anda anggap dia sindir anda.... Itulah kekuatan persepsi dalam menguasai manusia.. 

Bila kita suka sesuatu ...segalanya indah...bak kata ... kentut pun harum... Jika benci sesuatu... semuanya buruk... bunga pun di kata beracun... " Cinta sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli" kata kata yang dikaitkan dengan hadis yang entah sejauh mana kekuatannya... namun itulah hakikat manusia..

Hari ini Utusan yang dibenci, di maki, di caci... kerana beritanya bohong dan fitnah..tetiba di julang dan di percaya... sebabnya.. Utusan itu menceritan tentang sesuatu yang boleh menjatuhkan musuh ...  tak di peduli lagi sikap utusan yang dimusuhi selama ini... Hilang akal apa??? Utusan jadi rujukan ahli PAS???? adusssss... di mana peringatan Allah dalam surah hujurat yang menyuruh agar diselidiki berita fasiq... tidak berimankah kita hanya sekadar memang kita memusuhinya???

Dalam islam, kebebasan berpendapat adalah diraikan... malah dalam menuduh...pembelaan yang dituduh adalah hukuman pertama yang mesti diberi perhatian oleh seorang hakim... Maka mengapa tidak dilihat penjelasan yang dituduh dulu...??  

 Himpunan 505 adalah satu usaha yang digerakkan oleh DSAI untuk menyedarkan rakyat atas penipuan SPR... ia satu jalan... PAS memilih untuk memilih Petisyen sebagai keutamaan ... Apa yang dilakukan oleh DSAI ialah mengutamakan Gerakan rakyat melalui himpunan.... dengan tidak menafikan keperluan Petisyen Pilihanraya.... Apa yang dilakukan oleh PAS ialah mengutamakan Petisyen dengan tidak menafikan kepentingan gerakan rakyat...

Kenyataan TG Presiden memberi pilihan negeri negeri untuk memilih menyertai atau tidak adalah bukti kenyataan di atas... siapakah yang salah?? Apakah kenyataan ini menunjukkan PAS berbalah??? TIDAKK!! sebaliknya jika dinilai kenyataan Azmin... Mungkin ia lebih menunjukkan sikap bertentangan dengan ketua dari seorang timbalan ketua...PKR yang berbalah.... Tapi tak nampak pun orang PKR kata Azmin bodoh dan sebagainya... Apakah PKR lebih cerdik dalam menangani perbezaan pendapat dari PAS... ( segelintir penyokong bersemangat PAS)?

Saya memilih untuk melihat perbezaan pendapat Muawiyyah dengan Ali... Ali sebagai khalifah merasakan keutamaan ialah mengukuhkan kerajaan sebelum mencari pembunuh Utsman... Muawiyyah berpendapat... Mencari pembunuh Utsman adalah lebih utama untuk mengukuhkan kerajaan.. Siapa betul siapa salah??? Ahli Sunnah berpendapat ijtihad keduanya dalam redhoa Allah...

Hanya Syiah menganggap Muawiyyah sesat dan jahat...... Hanya yang benci Ulama dalam pemuda melihat Nik Abduh Bodoh....

3 ulasan:

Istiqomah berkata...

.....jangan berkawan dengan syiah nanti jadi syria

cikmatgelap berkata...

pada aku n ik abduh tu memang bodoh,nasha tu idola nik abduh,bahaya klu di biarkan pemikiran nik ab duh dibiarkan menjalar dlm pas....dia akan kembangkan pemikiran ug dlm pas.....pemuda pas akan wala pada pemuda bodoh itu....awas pas dlm bahaya...ug dah mula menjalar....n asha adalah MENTOR NYA

Unknown berkata...

Bukan bodoh... tapi kurang bijaksana kerana akhbar yang mengeji dan menentang mereka siang dan malam itulah juga yang mereka guna untuk buat kenyataan.... Dan apabila musuh menyiarkan pendapat kita di dalam ruangannya... pasti ada sesuatu yang menarik!!!! Sabda nabi " umat Islam tidak akan dipatuk dalam lubang yang sama 2 kali."... Tapi kini sudah berapa kali dipatuk?????