Sabtu, 15 Jun 2013

ANTARA ADAB ....



Aku menanti tarikh 22 Jun... Setelah tiket 15 Jun Kire hangus...  Khabarnye mesyuarat  PAS Pusat dah setuju agar penyokongnya menyertai himpunan ini. Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden telah mengumumkan keputusan tersebut seusai mesyuarat PAS Pusat. Malah beliau menyatakan bahawa akan ada arahan rasmi Presiden sedikit masa lagi.

Kenyataan itu digambarkan berbeza dengan kenyataan awal Ketua Ulama Pas Puast , Ust Harun Taib. Apapun keputusan Pas Pusat telah menjadikan Ustaz Harun menarik keputusan beliau sebelum ini. Ramai yang  mengambil peluang menghentam Ketua Ulama ini dengan berbagai gelaran sebelumnya. Hanya kerana tidak bersetuju dengan kenyataan awal beliau.

Aku mula nak paham bahawa dunia politik ini hanya ingin A atau B. Tiada pandangan C atau selainnya. Kamu ikut aku atau musuh aku. Itulah kepala otak politik bagi yang menghambakan diri dengan politik... apatah lagi bagi yang menghabiskan masa depan komputer sebagai pengulas ikut suka...

Dalam Islam.. ada yang MESTI diikuti dan ada yang MESTI ditentang... Namun ada yang diberi kelonggaran untuk di pilih mana yang lebih utama. Inilah tanda penghargaan Islam terhadap keluasan pandangan dan kebebasannya. Malangnya kebanyakkan kita memilih untuk menyekat kebebasan itu walau di satu sudut melaungkannya... ha..ha... hipokrit... Bila dah sama dengan keputusannya... aku setuju... aku tabik dan macam macam lagi... hipokrit!!!

Bagi aku soal memilih untuk menyertai perhimpunan atau menolakknya adalah soal ijtihad. Hakikatnya semua mengakui bahawa BN menang dengan menipu... Cuma soalnya apa pendekatan selepas ini...?? berhimpun... sampai bila..??? membina melalui pembangunaan jiwa dan rohani ... untuk menghadapi penipuan masa depan...  Boleh saje dipilih... yang utama ... mana yang terbaik...

Namun keputusan yang dibuat oleh mesyuarat JK PAS pusat telah memilih mana yang perlu diutamakan. Sebagai ahli gerakan Islam yang tahu adab berjamaah.. Ustaz Harun Taib memilih akur dengan keputusan itu... Inilah akhlak Islam yang sebahagian blogger tak ambil tahu.... atau memang tak tahu....

Aku ucapkan tahniah kepada Ustaz Harun Taib kerana mengajar adab kepada yang tak tau adab dan terus menyanggah keputusan yang telah dipersetujui. Berbeza pandangan adalah baik... untuk melihat yang terbaik... Cumanya setelah keputusan dibuat... maka kenalah akur... Ketua Ulama ini menunjukkan akhlak berjamaah... Tahniah sekali lagi...

1 ulasan:

Anda Sendiri Fikir berkata...

Memang betul apa yang lu luahkan kerana mengikut pandangan gua yang berada kat luar, mereka seperti mahu menjatuhkan kepimpinan tertinggi PAS terutamanya Haji Hadi, Harun Taib, Mustafa Ali atau lebih senang pemimpin yang berasal dari Terengganu. Mereka sanggup membesarkan cerita bila ada sikit kesilapan dengan alasan bodohnya 'bukan maksum' tetapi bila melibatkan PKR atau DAP mereka sanggup menyembunyikan, gua pun tak tahu apa niat sebenar mereka. Bagi gua jika mereka rasa layak untuk menjadi presiden atau ketua ulama boleh dipersilakan kerana Haji Haji yang gua kenal tidak kebulur untuk menjadi PM kerana beliau tahu amanah yang terpaksa dipikul malah beliau lebih suka orang lain mengantikan beliau jika mereka layak. Dengan berlatar belakang perkampunan nelayan, beliau sanggup menjadi nelayan dan mempunyai banyak masa untuk memberi kuliah agama. Inilah yang gua katakan musang berbulu ayam yang sanggup menghentam pemimpin sendiri dan menyanyungi pemimpin lain, kalau rasa layak masuk ajer kedalam gelangang dan jangan berani kat luar walau pun mempunyai hit yang tinggi.