Ahad, 23 Jun 2013

TAHNIAH HUSSAM.... MOMENTUM BLACK 505



Tahniah  Datuk Paduka Husam Musa, Naib Presiden PAS yang ditangkap dalam himpunan Black 505 semalam. Beliau benar benar menjadi wira yang berjaya mengangkat Black 505 dengan satu momentum yang besar atau berjaya di besarkan. Tangkapan Husam Musa menjadi berita hangat menenggelamkan himpunan itu sendiri yang khabarnya kurang menyerlah.

Kehadiran Husam di dalam himpunan besar memang jarang kelihatan. Bukan tiada... Bagi saya yang tak pernah mungkir hadir setiap himpunan yang digerakkan oleh PAS khususnya jarang sekali melihat kelibat beliau.  Jauh sekali untuk ditangkap. TG Presiden seringkali disembur dengan gas dan bom asap dan ditangkap dalam himpunan bersih . Mungkin kesibukan beliau membantu TGNA sebagai exco kanan menghalang kehadiran beliau secara kerap.

Saya tak pasti apakah beliau hadir dalam himpunan membantah kenaikan harga minyak yang dijalankan di stadium diketuai Dr Hatta yang memalukan kerana pertunjukan punggung satu ketika dulu kerana saya dari awal menolak untuk hadir dalam perhimpunan yang di dominasi golongan sosialis khususnya Hisyamudin Rais. Ternyata himpunan itu tercemar dengan perbuatan kumpulan tak tau asal usul yang membuat persembahan memalukan.

Berbalik kepada momentum Husam dalam 505, kehadiran beliau yang dikhabarkan banyak berada di luar negara sebelum ini dan bercuti semasa sidang DUN telah berjaya melonjakkan kehangatan 505. Saya fikir , tanpa kehadiran Husam yang ditangkap atas ucapannya beberapa hari sebelum itu, mungkin black505 akan hambar begitu sahaja.

Tumpuan media terhadap tangkapan Datuk Husam agak meluas terutama Harakah daily yang menyiarkan berbagai sudut berita tangkapan dan rentetan tersebut. Liputan itu mengatasi liputan tangkapan terhadap Presiden dalam himpunan Bersih... Mungkin kerana dalam Himpunan Bersih bukan TG Presiden seorang sahaja di tangkap malah ratusan yang lain berbanding tangkapan Husam dalam Black 505.

Pihak Polis telah belajar dari pengalaman lalu. Sekalipun mereka telah mengungut dengan berbagai ugutan, namun mereka menyedari sekiranya tindakan ganas dilakukan, momentum himpunan itu akan berpanjangan.

Saya tak tau apa perancangan penganjur himpunan yang kelihatan sejuk setelah tamat perhimpunan. Apakah objektif itu berjaya atau tidak, kita nantikan ulasan Johari sebagai ketua utama yang menggerakkan himpunan selain Cikgu Bard. Mungkin khemah yang didirikan di Padang Merbok diharap dapat mengekalkan momentum itu, namun saya tak fikir ia seperti khemah di Dataran Merdeka dulu... Yang pasti, Penganjur perlu berterima kasih kepada Husam kerana telah berjaya memanjangkan momentum himpunan itu. Bagaimana ia berlaku...?? di rancang atau kebetulan bukan persoalan... Hakikatnya Husam  berjaya menjadi wira mengalahkan penganjur sendiri.

Apakah itu melayakkan Husam menjadi Calon Presiden Pas???  Saya fikir ianya terlalu kerdil... Kehebatan itu terserlah kerana hanya Husam yang ditangkap sewaktu perhimpunan.. Yang lain diluar pengetahuan saya...Hebatnya Datuk Husam, beliau ditahan di saat orang lain tidak ditahan... Itulah kebijaksanaan seorang politikus... berjaya menghidupkan suasana yang kian hambar dari himpunan tersebut...

Kalau dikatakan layak... saya kira beliau layak menggantikan DSAI bukan TGHA kerana kelibat DSAI tenggelam berbanding Datuk Husam walaupun himpunan itu digerakkan oleh parti yang dipimpin oleh DSAI. Perbandingan Datuk Husam sangat cocok dengan DSAI kerana sifat politikus yang bijak mencari ruang dalam membangkitkan kehangatan. Ia berbeza sekali dengan ketokohan TGHA yang memimpin sebuah jamaah Islam bukan hanya di malaysia malah di peringkat antarabangsa. Ketokohannya terserlah dengan sifat jamaah yang dipimpinnya... jamaah politik dan dakwah!

Namun sebagai naib Presiden PAS, Datuk Husam berjaya menenggelamkan ketokohan DSAI yang seringkali menyerlah dalam setiap perhimpunan. Saya masih ingat bagaimana bijaknya DSAI mencuri tumpuan ketika himpunan terakhir di Stadium Merdeka. Beliau telah melakukan pusingan sekeliling stadium sebelum ke pentas untuk mencuri tumpuan sekalipun tindakan itu menganggu tumpuan ke pentas yang sedang berjalan.. bagi saya , tidak menghormati majlis... apapun itulah sifat politikus yang bijak mencuri perhatian. Apapun, di perhimpunan Black 505, Datuk Husam adalah tokohnya... mengatasi DSAI sendiri.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Enta nampak lebih hebat dari Dewan Ulama PAS Kelantan...

Mahyudin berkata...

Ulasan yg bijak.

Mahyudin berkata...

Ulasan yg bijak.

Martoiriat berkata...

Tulisan terlalu hebat tapi tanpa bersatu dengan sekutunya, PAS tidak kemana.. sama dengan pungguk rindukan bulan..

maw berkata...

kekuatan itu akan amat berkesan jika ianya dipersepadukan,lihatlah pada air yang dijadikan oleh sang maha kuasa.air adalah selembut senyaman kejadian akan tetapi gerakan kekuatan air biasa membinasakan dengan suatu kekuatan yang tidak boleh dipergalaskan oleh akal serta kekuatan manusia.DSAI ada keistimewaan kekuatan,insan yang berkeliber sebagai pemimpin yang amat menyerlah serta diterima oleh kesemua lapisan masyarakat menebusi benteng perkauman.beliau dapat mengamit kaum bukan islam mengibar bendera lambang islam.fakta ini tidak boleh disangkal atau dinafikan.beliau dapat mengerakkan sentimen bangun melawan,bangun bersuara lantang demi rakyat.begitu juga kehebatan allahyarham ustz fadzil noor beliau tidak tersilap percaturan bilamana beliau bangun menghulorkan tangan kepada DSAI walaupun tatkala itu berbeza padang.tidak terlepas pandang juga dari TGNA BELIAULAH pemangkin ketahanan menangkis setiap dalang yang mendatang.bijak pandai telah pun berkata serta berpesan ikutilah resmi padi makin tundok makin berisi,berjuanglah umpama aur dengan tebing bermuafakatlah saperti air yang tenang kekuatan tenangnya akan mempastikan bujur lalu melintang patah.hanya allah swt sahaja yang berkuasa keatas setiap sesuatu.

DEMI MELAYU berkata...

aku setuju... Husam memang ahli politik yang bijak... betul ke ade yang cadangkan dia jadi Presiden PAS? bagi aku dia memang layak...jadi ketua PKR...watak itu lebih ngammmm...

Juragan berkata...

Aku pelik ramai pimpinan yang hadir ngapa Mamat ni sorang kena cekup???Lastnya aku faham..beliau memang seorang pemimpin yang "Bijak" ala-ala Anwar..ha3..pastikan momentum ini hingga ke Muktamar hujung tahun ini..kalu tidak rugi la aksi penuh bergaya ini..burrrrr...

ulitmayang berkata...

ulasan ni nampak bagus, berkualiti & berisi

- ini lah contoh ahli PAS , pejuang PAS & penyokog PAS tulin

- yg tidak bercampur dgn lain2 ahli , peyokong sekutu dlm PR

- PAS tak ke mana tanpa DAP & PKR
-PAS lebih byk menumpang PKR & DAP dlm PR

-