Isnin, 10 Jun 2013

KUIN...ULAMA TAK BUAT KERJA...



Berita tentang KUIN yang dilaporkan akan di swastakan sangat menyedihkan. Alasan yang dikatakan tiada keuntungan malahan terpaksa menanggung kos tahunan melebihi 300 juta jelas menggambarkan bagaimana bentuk berfikir Menteri Besar baru Kedah. Frame berfikirnya adalah wang.... angka... tanpa mempedulikan hasil modal Insan yang dihasratkan oleh Tan Sri Azizan Razak bekas menteri Besar Kedah sebelumnya....

Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, betapa frame atau kerangka berfikir sangat mempengaruhi tindakan dan persepsi manusia. Oleh kerana kerangka berfikir Mukhriz adalah keuntungan angka, maka itulah hasil tindakan dan persepsinya terhadap pembangunan KUIN yang diusahakan oleh Kerajaan PAS-PR di Kedah. Mungkinkah kerangka berfikir Lim Guan Eng lebih baik dari Mukhriz kerana LGE berpendapat para Hufaz akan menghasilkan keuntungan kepada Pulau Pinang kerana para Hufaz adalah orang baik yang tak akan merugikan kerajaan...

Akhir akhir ini serangan kepada Ulama dalam PAS dengan tuduhan tidak buat kerja di dendangkan semula. Bila ada Ulama yang menjawab, mereka kata tak boleh ditegur... Habis tu...biar dibelasah dan sabar...?? Ya.. itulah kemahuan mereka dan pewaris pemikiran penjajah dan anti Ulama... SABAR...

Persoalan yang ingin ditimbulkan ialah apa maksud tak buat kerja???   Di sinilah asas kerangka berfikir yg saya katakan....Apakah tak buat kerja itu maksudnya tak pamir muka dalam surat khabar??? Yang buat kerja tu ialah yang keluar statement setiap hari sekalipun hal rumahtangga orang... uMNo bergaduh pun kita keluar kenyataan akhbar?? Berita angin pun kita nak respon?? Itu tanda pandai strategi dan bijak buat kerja?? Atau belasah pemimpin sendiri untuk tunjuk kepada rakan dia baik dan bijak kerana nasihat bapak... Itukah kerja atau kurang ajar?

Apakah yang dimaksudkan buat kerja itu ialah hadir satu majlis untuk ambil gambar kemudian ulas macam berada sepanjang majlis? Adakah buat kerja itu melobi melalui SMS setiap orang untuk rebut jawatan? Adakah tanda pandai buat kerja itu ialah hadir perhimpunan dan kemudiannya panggil akhbar?? iTu sahaja???

Saya tidak menafikan itu sebahagian kerja... sebagai permulaan saya telah menyatakan bahawa pengaruh kerangka berfikir akan menghasilkan sikap dan tindakan... Bagi perompak... merancang, membunuh mungkin sebahagian kerja mereka... jika mereka tidak lakukan begitu, maka mereka tidak buat kerja...!!.. Malah bagi yahudi Fremeson ... kerja mereka ialah memastika Islam buruk dan rosak... termasuk memfitnah, malah membunuh...semakin banyak fitnah, semakin banyak kerja yang mereka buat...

Saya terima semua itu sebagai kerja... Tapi kerangka Islam menganggap kerja itu salah, berdosa dan akan diazab!...

Apa kerja Ulama?? Apa kerja di dalam jamaah Islam??? Apakah sama dengan kerja mereka yang bukan Ulama dan bukan jamaah Islam? Jawapannya ...Tidak..! itu kerangka berfikir secara Islam!.
Pentingnya berjamaah yang disuruh oleh Islam ialah supaya kita saling membantu.... Masalah kita ialah... apabila kita buat satu kerja...kita mahu orang lain buat kerja yang sama seperti kita... Sedangkan kita tak pernah sedar bahawa kita juga tak buat kerja yang orang lain buat!!!

Sebab itu dalam organisasi atau jamaah adanya lujnah! Masing masing ada peranan tersendiri... Kebajikan dengan kebajikannya... Sukan dengan sukannya... politik dengan politiknya... malah tarbiah dengan tarbiahnya!! Yang mengadap depan komputer dengan kerja mengomen dan mengkritiknya...!!! tembak sana sini.... dan rasa paling banyak buat kerja... mungkin juga satu peranan.... kalau masih dengan akhlak dan adabnya...

Dalam jamaah Islam...peranan dan kerja utamanya berbeza dengan jamaah lain... Bila organisasi politik yang hidup matinya adalah politik... tentu tak sama dengan kerja Jamaah yang Islam dan dakwah adalah keutamaan melalui jalan politik!

Kerangka inilah yang membezakan cara berfikir. Kerangka inilah yang melahirkan tuduhan Ulama tak buat kerja... sebabnya... bagi mereka... Kuliah , Tamrin, usrah, Liqa dan sebagainya bukan kerja... kerana bagi mereka ini hanyalah dakwah atau kerja agama... dengan mereka terlupa syarat kemenangan sepanjang  sejarah tentera Islam ialah... Fi Laili Ruhban, wa Fi Nahari Fursan... Rahib pada waktu malam dan tentera hebat di siang hari...!! Inilah bezanya...kerana golongan ini memang tak minat hadir program yang bagi mereka merugikan masa... Tak berfaedah..... kerana kerangka berfikir mereka... sayangnya mereka berada dalam jamah Islam!... dan tak rela di acu secara Islam... Memang tak pelik...!!

Bagi saya masalah tuduhan Ulama tak buat kerja lahir dari kekeliruan kerangka berfikir... atau mungkin sengaja menganggap program kendalian ulama bukan kerja..sebab mereka malas hadir .... dan tak sesuai di jiwa... Jika diperhatikan pemimpin yang kritik Ulama tak buat kerja juga ialah mereka yang tak hadir prog seumpama ini. atau hadir dengan terpaksa untuk tunjuk muka...ambik gambor aje....... secara ringkas...saya simpulkan dulu...

ULAMA TAK BUAT KERJA ADALAH ISTILAH YANG LAHIR DARI KEPALA YANG KERANGKA BERFIKIRNYA KERJA AGAMA DAN DAKWAH BUKAN KERJA POLITIK...HARUSKAH LAGI KITA MELETAKKAN MEREKA SEBAGAI PEMIMPIN ISLAM??? Jawable sendiri....

17 ulasan:

bat8 berkata...

Apa yang terjadi kepada KUIN dibawah UMNO adalah sesuatu yang menyayat hati.Itulah mentaliti UMNO dari dulu sampai sekarang.

Tidak apa yang boleh dibuat dalam masa terdekat untuk menyelamatkan KUIN dari di swastakan oleh Mukhriz.

Yang boleh dibuat ialah menyusun semula gerak kerja bermula dari sekarang untuk menawan balik Kedah dari tangan UMNO/BN dalam PRU 14 nanti. Jika berjayapun, kena lihat dulu perjanjian pengswastaan KUIN oleh Mukhriz samada boleh direverse atau tidak.

Tanpa mengungkit peristiwa kekalahan PAS/PR di Kedah dalam PRU 13, marilah kita susun balik gerakerja baru untuk menawan Kedah kembali dalam PRU 14. Yang baik yang dipelajari dari peristiwa ini kita jadikan tauladan dan kelemahan dan kesilapan kita jadikan sempadan dalam menyusun gerakerja baru.

bat8

ps: Begitulah perjuangan Melayu dan Islam puak-puak UMNO. Ke tak tahu kelaku mereka sebelum ni?

Tanpa Nama berkata...

Penulis telah tersasar.Sepatutnya diperjelaskan mengenai kedudukan Kuin itu sendiri.Banyak cakap-cakap yang negatif mengenainya.Kenapa tembak rambang sahaja? Isu Kuin terlalu kontraversi dan perlu penjelasan.Jgn tuduh pula aku nak sokong ttg pengswastaan Kuin atau aku tak sokong Ulama dalam hal ini.Biarlah berfikiran terbuka dan rasional.

Tanpa Nama berkata...

Bat8,Kamu akan terkentut kalau kamu tahu bahawa Kuin punah dibawah PAS .Sila baca di sini http://beritakuin.blogspot.com/2013/05/jamil-letak-jawatan-tetapi-selepas.html

Tanpa Nama berkata...

Elok buat pembetulan.Maklumat yg sahih ~ http://www.sinarharian.com.my/insaniah-kekal-milik-kedah-1.168700

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Penulis veteran tak sepatutnya tak paham apa maksud artikel ini ditulis... ini bukan ulasan tentang KUIN....bacalah dengan hati yang tulus...

pendidikmy berkata...

Apa yang cuba disampaikan pun susah nak difaham...Tulislah dengan jelas apa isu yang sebenarnya...

Berbelit2...

Unknown berkata...

Anak sengat,
itu penulis veteran kan..lu harus jgn layan..wa setuju ngn tindakan lu..kasi hentam sama dia! Dia nih yg wa tengok dlm posting dia dsh dikit lebih kurang mcm bloggers yg megalomaniac..serupa kot dgn tukang tarik beca yg know it all!
Kita menegur pemimpin harus ikut tertib..n klu x di layan pon..balon ikut tertib juga la.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Pendidik pun tak paham??? ha...ha... biarlah orang yang boleh paham baca... kalau tak paham jangan ulas... nanti nampak pendidik bodoh pulak... malu jer..

azmie berkata...

tolong pesan kat org yg nak sgt slamatkan kuin, sultanah dah pakai tudung sekarang
yg ni pun maklumat sahih?? http://www.sinarharian.com.my/nasional/bn-dakwa-swasta-ambil-alih-pengurusan-insaniah-1.79165
pegi la tanya skolah2 pondok, brapa byk untung buka skolah tu, lg elok tanya puak2 pondok pak ya

kapt_shiqaqi berkata...

kerja2 munafik korjenya menabur fitnah, dah pencen2 ni baikla main wau dgn cucu

ibnmustaffa berkata...

Ceh, Huseyn, bila dia kutuk Tok Guru Hadi dgn harun Din dgn selambanya dahulu pada 2008, saya dah tahu, dia ni spesis manusia yg JAHAT.

ie berkata...

Nak cakap pasai KUIN dengan cara tak cukup maklumat dan memfitnah ada baiknya blog ni di TUTUP.

QalamQabut berkata...

Dah ulang dua tiga kali... Aku pun tak paham jugak. Apa ntah mesej yang nak disampaikan.

Kalau setakat nak selit komen pasal KUIN memang aku takda masalah. Kita semua pun tau KUIN tak ditutup, tak dicincang dan difaraid merata. Tapi teringin juga nak selam kata2 yang tersirat mengenai ulamak dan cara kerjanya.

Atau mungkinkah bukan pasal ulamak? Tersesat barat lah aku nampaknya.

Tanpa Nama berkata...

aku ingat aku sorang saja yg tak faham....rupanya ada juga yg tak faham.Boidoh-bodoh aku pun takl ada siapa lagi suruh aku tutup blog aku...mungkin lepas adalah...kah!3

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Maaf le kalau terasa bodohhhh...he..he..

Unknown berkata...

bodoh bermacam jenis..
orang lain bod0h, apa masalahnya aku pun bodoh..hahaha
ada gak bodoh lagi lembab, tapi mengajak org bersama2 bodoh..
bodoh stlh datangnya hidayah amatlah merugikan.

Unknown berkata...

terlalu mengayat kan hati..kerana dendam politik kami pelajar dijadikan mangsa...disepak kesana kemari..apa nasib kami di kemudian hari???mungkin boleh mengaburkan mata para staff dgn durian runtuh diberi tapi bukan kami pelajar...org luar jgn tertipu dgn media...disebaliknya kami yg tggung...kami yg PENUNTUT ILMU yg terasa bahananya...jgn ingat kami terlalu naif dalam politik...kami pelajar pndai menilai..jgn buat kami seperti tiada perasaan...kami berharap nasib kami sbgai peljar terbela... SELAMAT KAN KUIN KAMI...SUBHANALLAH hanya ALLAH tmpt kami mengadu..