Mungkin kematian Teoh tidak semisteri kematian seorang hartawan di zaman nabi Musa. Di waktu itu mayat ditemui di luar kota. Mujurlah ada nabi Musa yang kemudiannya berlakulah kisah penyembelihan lembu betina. Ketika itu tiada rakaman CCTV dan tiada kemudahan mengesan penjenayah. Kini kita berada di zaman serba canggih.
Keterangan saksi itu sangat penting bagi membuktikan wujudnya penderaan ketika soal siasat di SPRM. Pihak keluarga dan Kerajaan Selangor mendakwa kematian Teoh ada keraguan dan syak yang menunjukkan ianya di dibunuh. Pihak kerajaan dan SPRM menafikannya malah mendakwa ianya adalah kes bunuh diri. Pengarah SPRM yang kontroversi kerana kelancangan mulutnya mengulas isu dalam siasatan sekali lagi menggunakan kes di Hong Kong berkaitan kematian tertuduh yang disiasat membunuh diri. Perlu diingat Teoh adalah saksi dan bukan tertuduh!
Kemunculan lelaki misteri ini ditentang oleh SPRM, namun Koroner Azmil Mustapha membenarkan kerana berpendapat ianya berkaitan. Apa yang ingin dibuktikan oleh peguam keluarga Teoh ialah wujudnya penderaan di SPRM! ianya sesuatru yang bersalahan dengan undang undang> Pihak polis telah hilang kreadibilitinya ekoran kematian di lokap yang ramai.
Kini SPRM yang dilihat sebagai budak suruhan baru umNO pula berperanan. Apatah lagi di Selangor, ada bukti mengaitkan pegawai SPRM Selangor dengan konspirasi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di selangor!
Kita nantikan pendedahan lelaki misteri ini! Jika benar..sewajarnya Mat Said meletakkan jawatan dan jangan marahkan rakyat yang hilang kepercayaan kepada SPRM. Selepas itu kita nantikan pula siapalagi watak badut dalam melaksanakan missi umNO di Selangor ini!
"SHAH ALAM, 8 Sept: Seorang lelaki misteri yang telah membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran penderaan ke atasnya dijangka akan memberikan keterangan dalam Inkues kematian Teoh Beng Hock esok.
Ik | |
| |
Permohonan peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo untuk membawa lelaki itu sebagai saksi diterima oleh Koroner Azmil Muntapha Abas walaupun dibantah oleh peguam SPRM, Datuk Abdul Razak Musa.
Semasa permulaan sidang pagi tadi, Abdul Razak berkata, laporan polis itu tidak relevan dengan inkues yang dijalankan atas beberapa sebab.
Salah satunya adalah orang yang membuat laporan berkenaan pada 11 September 2008 adalah suspek, sementara Teoh adalah saksi.
Namun, Gobind tidak bersetuju dengan Abdul Razak kerana laporan polis itu melibatkan dakwaan-dakwaan terhadap saksi (Mohd Ashraf)
Gobind mempersoalkan 'ketakutan' SPRM berhubung perkara itu. "Kenapa takut? Jika anda tidak melakukan apa-apa yang salah, katakan yang anda tidak lakukan apa-apa yang salah."
Gobind menegaskan yang Mohd Ashraf mempunyai peluang untuk menafikan dakwaan-dakwaan itu jika dibenarkan memberi keterangan.
Abdul Razak berkata, Gobind tidak boleh melibatkan Mohd Ashraf kerana selepas laporan itu diteliti, nama Mohd Ashraf tidak dinyatakan dalam laporan itu.
Gobind berkata, laporan itu menyatakan 'beberapa pegawai SPRM' dan Mohd Ashraf adalah pegawai SPRM.
Peguam mewakili Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar menyokong hujah Gobind, dengan mengatakan Mohd Ashraf bekerja dengan SPRM ketika laporan itu dibuat.
Koroner kemudiannya memutuskan, laporan itu relevan kerana ia berlaku di tempat yang sama (tingkat 14, Plaza Masalam) dan mungkin melibatkan orang yang sama.
"Butiran dalam laporan itu relevan dengan fakta inkues ini," kata Azmil Muntapha.
Mohd Ashraf dipanggil ke kandang saksi dengan Abdul Razak mula mengemukakan soalannya.
Dalam jawapannya, Ashraf berkata, Teoh kelihatan gugup apabila melihat empat dokumen yang dicetak daripada komputer ribanya. Katanya, pegawai lain telah menunjukkan dokumen tersebut kepada Teoh semasa sesi soal jawab pada 15 Julai.
Mohd Ashraf juga berkata, Teoh tidak pernah mengadu berada dalam kesakitan ketika berada di pejabat SPRM. Katanya, Teoh juga tidak menyebut apa-apa tentang akan berkahwin.
Beliau juga tidak pernah dipanggil oleh polis berhubung sebarang dakwaan dalam laporan polis itu.
Beliau juga bebas daripada sebarang saman sivil dan tidak pernah disaman kerana menyebabkan kecederaan berat.
Inkues telah ditangguhkan sehingga esok dimana lelaki misteri ini dijangka akan memberikan keterangannya. _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan