Sent: 07 September 2009 10:25.
Dalam suasana negara masih merayakan ulang tahun kemerdekaan yang ke-52 kita dikejutkan oleh satu cerita yang menggemparkan iaitu seorang warga Perancis ALAIN ROBERT atau yang lebih di kenali sebagai "Spiderman" telah "menakluki" menara berkembar Petronas. Ini adalah merupakan cubaannya kali ke-tiga. Beliau telah gagal pada kedua-dua percubaan sebelum ini iaitu pada 20hb Mac 1997 dan pada tahun 2007 beliau dihalang oleh pengawal keselamatan ditingkat tingkat 60.
Walaupun peristiwa ini boleh di lihat dari berbagai-bagai sudut mengikut cara mana kita ingin melihatnya tetapi yang pentingnya ialah soal keselamatan nampaknya amat gawat sekali.Bayangkan kalau benar-benar menara Petronas ini dimasukki pengganas atau pencuri atau anasir jahat siapa agaknya yang tahu.
Mengikut laporan akhbar pada hari Rabu 2hb Sept 2009 "spiderman" yang berusia 46 tahun itu mula memanjat Menara Petronas setinggi 88 tingkat itu sekitar jam 6 pagi tanpa dikesan oleh sesiapa pun termasuk pengawal keselamatan yang bertugas.Sekitar jam 8 pagi beliau telah sampai ke kemuncak menara dan sempat mengibarkan bendera Malaysia
.
Beliau bagaimana pun ditangkap oleh pihak polis dan dibawa ke balai polis Kuala Lumpur untuk disoal siasat. Mengikut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabu Osman "Kita bawa balik beliau ke Balai Polis untuk di soal siasat dan memeriksa sama ada passpot beliau untuk memastikan beliau masuk ke negara ini secara sah.Beliau boleh di dakwa kerana pencerobohan jenayah"
Memang betul pada pagi ini Rabu 2hb Sept 2009 beliau telah didakwa di Mahkamah Majestret Kuala Lumpur kerana pencerobohan jenayah dan didenda sebanyak RM2000 atau penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.Bagaimanapun beliau membayar denda tersebut dan dibebaskan.
Dalam peristewa ini bukanlah sangat denda yang dibayar itu dapat menghakis tanggapan masyarakat terhadap keselamatan Menara Petronas atau dengan kata lain keselamatn negara khasnya.Kalaulah menara yang begitu canggih dilengkapi dengan segala ciri-ciri dan alat-alat keselamatan boleh "ditakluki" oleh anasir seperti ini maka alangkah jeleknya tahap keselamatan yang kita canang selama ini.
siapakah yang harus dipertanggunjawabkan terhadap tahap keselamatan Menara Berkembar Petronas ini?Apakah mereka ini tidak bertanggungjawab? Kita khuatir sekiranya bangunan secanggih menara Petronas ini boleh "ditakluki" apakah nasib bangunan-bangunan kerajaan yang lain yang tahap kaselamatannya berada di tahap yang biasa? bolehkah kita pastikan keselamatan tempat-tempat ini terjamin?
Penulis merasakan kita harus menilai kembali bukan saja tahap keselamatan harta kerajaan atau swasta tetapi juga tahap keselamatan negara khususnya keselamatan sempadan.Saban hari kita membaca akhbar-akhbar, atau menonton TV,Blog atau segala macam alat informasi canggih zaman sekarang kita dapati saja cerita tentang pendatang haram yang bermaharajalela di negara kita.
Ada yang datang secara "halal" dan ada juga yang datang secara "haram".Ada yang datang sebagai pelancong ada juga sebagai pelajar tidak kurang juga sebagai pekerja di bebagai-bagai sektor.Saban hari ada saja cerita tentang pelancong yang memakai pas pelancong ditangkap menjadi "pelacur".Ada yang datang sebagai Pelajar ditangkap sebagai "GRO"ada juga yang terlibat dengan "Black Money" ada juga yang terlibat dengan jenayah berat seperti rompakan,pembunuhan,samun,
Persoalannya adakah kita benar-benar memberi perhatian terhadap masalah ini? Apakah kita boleh berpeluk tubuh dengan mengatakan yang semuanya terkawal sedangkan kita sebenarnya tidak tahu berapa jumlah pendatang "haram" yang berada di negara kita. berbagai andaian ada yang kata 100 000orang,ada yang kata 500 000 orang dan ada yang kata jutaan orang.Walau apa pun kita harus bertanggungjawab terhadap keselamatan negara kita yang amat-amat kita cintai ini.
kita tidak harus membiarkan rakyat tertanya-tanya atau meragui tahap keselamatan negara kita.Kita mempunyai angkatan tentera yang dilengkapi dengan peralatan canggih,pasukan polis yang juga setanding dengan negara maju,kita ada RELA,kita ada Jemaah Menteri,Ahli-ahli Parlimen, ADUN-ADUN,JKKK dan berbagai lagi pertubuhan yang sentiasa memikirkan tentang keselamatan kita.
Jadi kenapa kita berada pada tahap ini sekarang? Kebanyakkan dari kita pernah melancong ke negara-negara luar kita tahu betapa rumitnya untuk kita masuk ke negara-negara tersebut terutama Amerika Syarikat.Kita pernah dengar rungutan Menteri-menteri kita pun tidak diberi layanan baik oleh pihak Imigresen mereka.Satu waktu dulu ada seorang menteri kabinet mengkritik pihak Imigresen Amerika kerana beliau disuruh menanggalkan kasut dan berbagai-bagai lagi alat kelengkapan diri semasa membuat lawatan rasmi ke negara tersebut.
Negara-negara lain juga mengamalkan pengawalan imigresen yang ketat. Malangnya di negara kita nampaknya seperti tidak begitu ketat. Bayangkan manusia seperti "spiderman"telah berkali-kali melakukan pencerobohan jenayah terhadap Menara Petronas tetapi beliau masih dibenarkan masuk ke negara kita.Untuk apa orang ini dibenarkan masuk?Apa untungnya kepada kita.Kalau duit denda yang sebanyak RM2000 itu diambil kira apalah sangat dibandingkan dengan maruah negara yang tercemar."IT takes years for us to build a respectful nation but it takes hours to be destroyed by the stupid act of an individual to satisfy his lust or the so called hobby"
Beberapa tahun yang lalu kita dengar cerita seorang "jutawan" dari Lebonon yang kononnya teramat kaya dan ingin menderma untuk Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dengan berjanji untuk menderma beratus juta ringgit sehingga semua orang terpegun,termimpi dan terpinga-pinga akhirnya habuk pun tarak. Orang ini dikatakan menipu ramai orang dan baru-baru ini ada lagi cerita terbaru tentangnya yang dikaitkan dengan seorang wanita Filipina yang dikatakan terjatuh dari condo yang didiami oleh mereka.Sebelumnya beliau telah pun berkahwin dengan seorang wanita Malaysia yang pernah menjadi perkerja di pejabat beliau di KL.Mereka kini dalam proses penceraian.Orang begini juga boleh hidup bebas di Malaysia.
Itu adalah beberapa contoh yang dapat diturunkan untuk kali ini di bahagian kedua nanti penulis akan cuba kupas isu-isu yang berkaitan. Sebenarnya dalam kes "spiderman" ini adalah lebih baik bagi pihak Petronas untuk mengeluarkan permit bagi tujuan memanjat menara Petronas ini sekurang-kurangnya ianya tidak memalukan Petronas,Rakyat dan kerajaan Malaysia.Mungkin juga kalau dianjur dengan baik kita boleh mengutip derma dengan menjual tiket kepada penonton.
Walauapapun segalanya telah berlalu "What has been done cannot be undone"Jagalah maruah kita,anak bangsa kita dan negara kita yang tercinta ini MALAYSIA.Sedarlah ini lah satu-satunya negara yang kita miliki.Marilah kita hidup dalam keadaan penuh keharmonian dan kedamaian
MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan