Membaca tulisan
Abd Rahman Malik yang disiarkan dalam Malaysiakini , saya sedikit terusik untuk
turut berkongsi pandangan. Secara umumnya pandangan beliau ada kebenaran dan
lojiknya. Ia berasaskan apa yang dilihat dari scenario yang akan melanda Negara.
Beliau
meletakkan segala kemungkinan dan kesimpulan yang saya fahami dari tulisan
beliau yang penuh berkias itu ialah kebimbangan tentang kemenangan Pakatan
Rakyat yang akan memberi kuasa kepada bangsa cina. Sehinggakan kemungkinan
Perdana Menteri dikuasai Cina sekalipun berbangsa Melayu kerana berkemungkinan
dari DAP.
Beliau
dikenali sebagai pejuang melayu dalam tulisannya, namun apa yang dilahirkan
dari tulisannya ialah kebimbangan dan antara suara di persimpangan yang
dihadapi oleh orang melayu dalam perkembangan politik menghadapi PRU 13.
Dilemma
Melayu ialah antara janji keadilan dan
ketelusan oleh PR yang dibayangi kehilangan kuasa melayu yang didominasi oleh
Cina DAP, dan kebobrokan system serta
kezaliman umNO yang dirasai hari ini. Mitos yang ditanam umNO BN sejak dulu
ialah bahawa hanya BN mampu memerintah dan hanya umNO parti Melayu.
Mitos
inilah yang menguasai Melayu di Malaysia khususnya di Pulau Pinang. Sehingga
kini masih ramai Melayu Pulau Pinang yang beranggapan bahawa Pulau Pinang telah
dikuasai Cina walaupun berdekad lamanya mereka bernaung di bawah GERAKAN yang
ultra Cina. Jangan lupa, Gerakan adalah parti yang mendesak mufti Perak
Harusani meletakkan jawatan suatu ketika dulu. Namun melayu umNo tak sedar dan
ramai juga sangka DAP yang desak. Hatta dimaklumkan kepada saya bahawa Harusani
pun sangka DAP yang desak beliau letak jawatan dulu. Harusani antara tokoh
Islam berjiwa tebal melayu!
Kebimbangan
Abd Rahman ialah kerana tebalnya penguasaan kemelayuan yang menguasai mindanya.
Kebimbangan itu menjadikan ketakutan kepada sesuatu kemungkinan dan melupakan
fakta yang ada di sebaliknya.
Beliau
mungkin lupa kepada beberapa hakikat. Penguasaan dan kelebihan DAP hari ini dan
kemungkinan penguasaan DAP jika dilihat nisbah kompenan Pakatan itu secara
berasingan, adalah kemungkinan yang hampir mustahil. Beliau lupa bahawa tiada parti yang boleh berdiri sendiri dalam
kompenan PR. Beliau juga mungkin lupa beberapa persetujuan bersama buku Jingga
yang menjadi dasar ikatan Kompenan Pakatan Rakyat.
Beliau
bimbang
dengan penguasaan DAP dengan 28 Kerusi, PKR 25 dan PAS 24 hari ini. Di
atas dasar ini beliau menjangkakan DAP akan lebih berkuasa. Sifir beliau
agak mudah… dengan sokongan melayu PKR dan PAS kepada DAP, DAP akan
mengekalkan kuasa dan dominasi mereka.
Mungkin
beliau lupa kepada sifir yang sama jika di jadikan mafhum mukhalafah (faham
sebalik) bahawa cina DAP juga akan mengundi PAS. Hakikat PRU lalu, Melayu PAS
dan PKR menyokong DAP namun sebahagian besar Cina tidak mengundi PAS di atas
kecurigaan yang dibayangkan umNO melalui MCA dan Gerakan. Kesimpulan itu boleh
dibuat jika kita meneliti data PRU 12, ada kerusi Parlimen ditandingi Cina PKR
boleh menang di kawasan DUN ditandingi PAS tetapi PAS kalah dalam DUN tersebut. Keadaan itu berubah dalam PRK Bukit Gantang.
Sebenarnya
kebimbangan tersebut cukup diredakan dengan kenyataan yang saya nyatakan di
atas. Apatah lagi jika dinilai pembahagian kerusi yang ditandingi ketiga tiga
calon PKR bertanding di 97 kerusi Parlimen diikuti PAS bertanding di 66 dan DP
47. Di peringkat DUN pula Di peringkat Dewan Undangan Negeri pula PAS
meletakkan calon di 232 kerusi, DAP (102) dan PKR (176). Daripada jumlah kerusi
itu, PAS menang di 83 kawasan, DAP (73) dan PKR (40).
Fakta ini menjadikan kemungkinan dan kebimbangan melayu Abd
Rahman dapat dikurangkan. Sekalipun benar melayu bimbang dan ternyata umNo
tidak mampu bertahan dengan kuasa yang ada, orang melayu tak perlu bimbang.
Jika dulu orang melayu berharap kepada umNO yang bernafaskan inggeris (United
Malay Nasional Organisation) maka apa salahnya melayu bergantung harap dengan
PAS yang bernyawakan Islam yang lebih kukuh dan ampuh?
Ini sifir mudah yang perlu difikirkan melayu jika ingin
terus mempertahankan kemelayuan mereka.
Pemimpin PAS lebih melayu dari melayu umNO . wataknya, bahasa dan adab
sopan serta budi bicara tentunya lebih melayu dari melayu umNO yang dididik
oleh inggeris. Jika Pakatan gagal mempertahankan Islam yang disinonimkan dengan
melayu, saya tak fikir PAS akan bertahan. Ketika itu, jika DAP dan PKR tidak
bersetuju dengan PAS, boleh sahaja PAS menawarkan umNO untuk bersama, bukan
lagi umNO menawarkan PAS…. Semua itu adalah alternative yang ada untuk
mempertahankan melayu jika itu yang dibimbangi oleh melayu khususnya umNO.
Hakikatnya apa yang berlaku kini PAkataan Rakyat tidak
memperlekehkan melayu sebagaimana yang di momokkan umNO. Pulau Pinang adalah
contoh. Namun umNO lah yang memperlekehkan dan mendera Melayu sebagaimana
berlaku di Kelantan. Rakyat Trengganu juga merasi derita itu apabila umNO
menahan royalty minyak. Syarat umNO bukan melayu…syarat umNO ialah BN!
Jika melayu itu PAS atau PKR , umNO tetap mendera. Jika cina
dan India itu BN, umNO tetap menolong. Malah berapa banyak kerusi dominan
melayu diserahkan kepada MCA, GERAKAN, MIC .
Di Perak, Grik adalah buktinya . Kawasan solid melayu diwakili oleh MCA
yang kini menjadi menteri Perlancongan. Sebelum itu umNO menggadai Bukit
Gantang yang merupakan bumi bersejarah melayu di Perak.
Di Pulau Pinang umNO menyerahkan KM kepada Gerakan sekalipun
umNO adalah paarti majority dalam DUN Pulau Pinang yang jelas sekali berbeza
dengan Perak yang menabalkan DS Nizar dari PAS sebagai MB sekalipun DAP
menguasai. DAP juga berjanji mengekalkan DS Nizar menjadi MB Perak jika Pakatan
Rakyat menguasai dalam PRU 13 sekalipun ada calon melayu dari DAP.
Kebimbangan melayu yang ada termasuk pada Abd Rahman adalah
hasil kerja keras media umNO. Kebijaksanaan boleh sahaja menjadi buta dengan
dongengan umNO selama ini. Apatah lagi bilamana kebijaksanaan dikuasai oleh sentiment
yang berlebihan.
4 ulasan:
knapa masih membutakan mata...jika parti yang berkait rapat ngan UMNO cepat je kata zalim...tapi DAP tetap disanjung....xsedarkah apa yang DAP dah buat dalam memerangi ISLAM...dalam kes LINA JOY DAP telah mengadakan interfaith commission di PJ menyokong Lina Joy murtad...tu pon masih nak sokonng lagi??
1) Betul ke DAP yg buat? Buktikan...
2) Bukan ke umNO yg halang cadangan PAS gubal undang2 murtad?
3) Siapa yang halang Kelantan laksana Hudud? Bukan ke Mahathir?
4) siapa yang rampas Royalti trengganu negeri melayu??? Bukan ke umNO?
5) Siapa yang sekat bantuan ke Kelantan termasuk peruntukan pinjaman air? Bukan ke umNO?
bla....bla... bla... banyaknye...
hahaha ada jugak blogger yang perjuangkan PAS mempercayai cakap2 portal malaysiakini yang sememangnya kepunyaan DAP...xsedarkah PAS DAP hanya ingin mempergunakannya untuk berkuasa...kalau DAP berjuang bersorangan sampai mati pon DAP xkan boleh berkuasa...siapa yang halang hudud nie???cuba tanya apa pendirian DAP tentang hudud???Mahathir xpnah halang cuma Mahathir mohon enakmen hudud terengganu yang dibentangkan diperhalusi...cuba baca surat penjelasan mahathir yang boleh didapati di mana2 shaja kalau search dlm google
amran... Hudud Kelantan dulu siapa yang halang...siap ugut lagi... kenyataan Seks Lek pulak macam mana???
umNO langsung tak pernah nak laksana hudud...macam macam alasan...
umNO tak layak kata sesiapa halang hudud...dia sendiri tak pernah nak laksana hudud.
MCA, MIC dan Gerakan pun tak pernah dapat eprintah sendiri...apa komen umNO bile Seks Lek kritik malah hina hudud...BACUL!!!
Catat Ulasan