Selasa, 17 Januari 2012

HARAKAHDAILY LEMBAB KE....

Saya tercari cari siapa pengganti Hassan Ali. Jawatan exco itu sangat penting untuk PAS mempertahankan prinsip Islam yang diperjuangkannya. Ia adalah parti Islam dan portfolio di Selangor juga berkaitan pentadbiran Islam.  Hasan Ali dilihat berjaya dalam memperkukuhkan dasar Islam yang diperjuangkan PAS dalam kerajaan Selangor... malangnya beliau terlalu terlajak hingga lupa bahawa ia adalah calon diwakilkan oleh PAS membawa dasar dan aspirasi PAS. Beliau seakan terlupa hakikat itu.

Sebagaimana diumumkan oleh Mustapha Ali bahawa ia akan diketahui pada hari rabu. Sehingga saat ini saya mencari di dalam Harakah Daily lidah rasmi PAS malangnya tak ditemui siapa pengganti Hasan Ali. Tup tup keluar di malaysiakini , pengganti hasan Ali ialah Dr Rani. Penulisnya ialah Jumadie...

Saya tahu Jumadi memang wartawan Malaysiakini yang advence mendapatkan maklumat PAS. Tak tau le dia pakar ramal atau pak Nujum atau ada agen dia dalam pimpinan PAS. Jika apa yang ditulis Jumadi itu satu telahan, memang semua orang menelah bahawa Dr Rani orang paling utama untuk calon tersebut. Namun jika secara pasti jumadi mendapat maklumat, sekali lagi PAS perlu buat pembersihan. Walau apa pun Jumadi perlu menghormati pimpinan PAS yang merahsiakan nama tersebut. Secara pasti Mustapha Ali menyatakan biarlah ia diumumkan oleh MB Selangor.

Nampaknya Jumadi agak terkehadapan untuk menunjukkan serba tau...atau pun Harakah daily yang lembab??? entahlah...ia bukan perkara besar untuk di bincangkan...namun jika Jumadi mendapat maklumat pimpinan utama PAS...ia SANGAT BESAR UNTUK MASA DEPAN PAS!!!



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sudahlah tu Anak Sengat. Dari sibuk dengan isu picisan macam ni, baiklah desak kepimpinan PAS bersihkan JKP Pusat dan Majlis Syura dari agen Umno. Mtgpun dah tak dtg dah.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

betul ...juge agen luar yg duduk dalam PAS.. Bersama kita bersihkan PAS dari agen luar... juge JK yang suka dedahkan rahsia mesyuarat kepada Jumadie... Bayangkan jika maklumat rahsia PAS boleh terdedah kepada musuh dengan mudah... memang banyak musuh dalam selimut dalam JK PAS Pusat... Sempga Allah selamatkan PAS!

Tanpa Nama berkata...

Dengan perlantikan Dr. Ahmad Yunus Hairi (bukan Dr. Rani), saudara Anak Sengat wajiblah minta maaf kepada kelibat insan yang terlintas di fikiran saudara kerana kununnya menjadi musuh dalam selimut PAS. Bertaubatlah saudara.

panah berkata...

Anak sengat berpandukan malaysiakini semacam yakin dng nama itu. Maklumatnya dari mana ? dari mesyuarat PAS? siapa yg bocorkannya? atau dari maklumat kedai kopi ke?

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Saya rasa orang tak de nama ni tak paham apa ditulis..atau beliau terlebih paham apa sebenar yang terjadi... ia sebahagian dari kebimbangan beliau dari terdedahnya apa yg tersembunyi... bagi yg tak tau apa...saya rasa tulisan ini tiada peliknya kerana ia dituls dari sudut persoalan... nampaknya ada yg menjenguk dalam perangkap...tahniah...